Diari perjalan dan minat saya sebagai pendidik.
Saya memiliki pengalaman menjadi seorang pendidik kepada murid-murid dari pelbagai pringkat umur dan latar belakang, daripada anak-anak kecil sehingga pelajar dewasa.
Perjalanan saya sebagai seorang pendidik bermula semasa saya menduduki ijazah pengajian saya. Semasa cuti penggal saya akan cuba mencari sekolah-sekolah terdekat untuk menjadi guru ganti. Bukan sahaja untuk mencari rezeki malah saya mencari pengalaman dalam mendidik adik-adik dan memberi motivasi kepada mereka.
Semasa saya meneruskan pengajian di peringkat sarjana, saya mengisi masa saya dengan membantu rakan di pusat tuisyen. Selain itu saya juga menjalankan “personal coaching”. Menjadi kebanggaan saya apabila saya diberi tanggungjawab untuk mendidik anak autism di kawasan setempat. Walaupun tidak mempunyai pengalaman psikologi pada waktu itu, saya mengambil peluang itu untuk menimba ilmu mengenai cara-cara mendekati mereka. Sedikit sebanyak pengalaman itu bukan sahaja memberi ilmu baru malah menjentik hati saya untuk sentiasa bersyukur dikurniakan ilahi dengan kesempunaan ini.
Tidak lengkap dengan itu. setelah selesai menjalankan pengajian di peringkat PhD, dan dikala saya masih mempunyai masa terluang, saya mengambil kesempatan untuk mendalami dunia Pendidikan Awal kanak-kanak. Pada saya tidak lengkap sekiranya kita tidak menguasai dunia didikan seawal usia. Alhmdulillah saya mempunyai sijil KAP, dan saya Berjaya membuka sebuah taska tadika “ Tadika Mutiara Khalifah” dengan izin Allah. Dengan pembukaan tadika ini bermulalah perjalanan saya bukan sahaja sebagai seorang pendidik malah seorang usahawan. Bukan mementingkan keuntungan tetapi ia banyak mengajajar saya erti sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai pendidik, kepada ibu bapa dan kepada pekerja. Jatuh bangun dan segala kesusahan yang saya alami menjadikan saya lebih peka dengan peluang dan ruang yang ada dihadpan saya. Disinilah berputiknya ciri-ciri kepimpinan dan keyakinan diri yang ada didalam diri.
Selain dari itu, saya juga cuba melebarkan sayap perniagaan saya ke bidang yang agak berbeza. Bidang fesyen. Pelik tapi benar kerana latar belakang keluarga saya adalah dalam industri ini. Saya tidak boleh lari dari kenyataan. Alhmdulillah, saya mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga saya. Tidak ada perkara yang lebih membuatkan saya bersyukur dikelilingi dengan orang-orang yang positif dan sentiasa membantu.
Setelah mendapat penganugerahan, saya meneruskan karier saya sebagai seorang pensyarah di UCSI University dan seterusnya saya memulakan hijrah saya ke UniSZA sebagai pensyarah fisiologi di Fakulti Perubatan. Saya seorang yang terbuka dan saya selalu galakkan pelajar saya untuk bertanyakan soalan. Mengambil risiko dan atasi rasa takut untuk melakukan kesalah kerana pada saya “ failure is the best teacher” dan ia merupakan proses pembelajaran.
Menyandang tugas daripada seorang pembantu penyelaras peperiksaan selama 3 tahun kepada penyelaras peperiksaan pusat pengajian preklinikal MBBS UniSZA selama 2 tahun mempercepatkan proses pembelajaran saya mengenai selok belok curiculum. Banyak ilmu yang saya perolehi selama saya berkhidmat di dalam unit ini tidak kiralah dari segi penyampaian siibus, proses penilaian, pengurusan peperiksaan, pengurusan data serta maklumat, pengurusan tenaga kerja sehinggalah kemahiran digital. Tidak saya nafikan pengurusan insaniah sangat mencabar. Saya amat percaya, asas kepada suatu kejayaan adalah "teamwork". Namun ianya adalah perkara yang sukar dibentuk.
Sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang pendidik di UniSZA, saya menyandang beberapa anugerah inovasi pembelajar antaranya akan dikongsi didalam portfolio saya ini.
Selama 6 tahun berkhidmat di Pendidikan tinggi, banyak ilmu dan pengalaman termasuk pahit manis saya perolehi. Penghijrahan ini banyak mematangkan saya. Saya percaya, apa yang saya lalui ini bukan saja sebagai karier di dalam profil saya, malah tanggungjawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi Allah. InsyaAllah, semoga saya dapat menjalankan Amanah ini sebaik mungkin. Amin.
DR. NOOR AZLINA BINTI ABU BAKAR
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/noorazlina@unisza.edu.my/
DR. NOOR AZLINA BINTI ABU BAKAR
FAKULTI PERUBATAN
UniSZA@2017-09-18
Academic Background
DOCTOR OF PHILOSOPHY IN PHYSIOLOGY, Universiti Putra Malaysia, | 2016. |
BACELOR SAINS (SAINS BIOPERUBATAN), Universiti Putra Malaysia, | 2010. |
MATRIKULASI SAINS, Kementerian Pelajaran, | 2005. |
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan, | 2004. |
Positions
Penyelaras (Penyelaras Kurus Basic Medical Science Program Sarjana Muda Kejururawatan Dan Sains Perubatan Dan Kesihatan), Fakulti Perubatan | 12 Oct 2023 | 12 Oct 2023 |
Penyelaras (Peperiksaan Preclinical Fp), Fakulti Perubatan | 01 Feb 2021 | 31 Jan 2023 |
Penyelaras (Assistant Exam Coordinator), Fakulti Perubatan | 01 Sep 2020 | 31 Dec 2020 |
Penyelaras (Penolong Penyelaras Peperiksaan Pusat Pengajian Sains Asas Perubatan), Fakulti Perubatan | 02 Dec 2018 | 01 Sep 2020 |