Inovasi pengajaran dan pembelajaran
Projek Simulasi Fisiologi: Dari Bilik Kuliah ke Pentas Kompetitif
Sebagai seorang pendidik, tiada yang lebih memuaskan selain melihat pelajar berkembang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kemahiran peribadi mereka. Satu pengalaman mengajar yang benar-benar bermakna bagi saya ialah projek simulasi dalam kursus Fisiologi untuk Profesional Kesihatan (BMS10203) yang melibatkan pelajar Ijazah Kejururawatan dan Ijazah Sains Kesihatan Bersekutu.
Projek Simulasi: Menghubungkan Teori & Kemahiran Peribadi
Bagi mencapai CLO2 (Course Learning Outcome 2) yang memberi tumpuan kepada pembangunan peribadi pelajar, mereka diberikan tugasan untuk membangunkan projek simulasi berkaitan topik fisiologi. Objektif utama projek ini adalah:
✔ Memperkasakan pemahaman mekanistik terhadap konsep fisiologi
✔ Menggalakkan kemahiran insaniah seperti kreativiti, komunikasi, dan kerja berpasukan
✔ Meningkatkan keyakinan diri pelajar melalui pembentangan dan perbincangan idea
Apa yang lebih mengagumkan, pelajar menunjukkan tahap kreativiti yang luar biasa! Saya teruja melihat bagaimana mereka mampu menzahirkan konsep fisiologi dalam bentuk simulasi yang interaktif dan inovatif.
Melihat kesungguhan dan kualiti hasil kerja mereka, saya percaya sebahagian daripada projek ini mempunyai potensi untuk dikembangkan dan dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah, dengan sedikit penambahbaikan dan bimbingan, kita akan membawa projek ini ke pertandingan inovasi pendidikan dan sains kesihatan.
Refleksi & Harapan:
Projek ini membuktikan bahawa apabila pelajar diberi peluang untuk meneroka dan menzahirkan pemahaman mereka dengan cara kreatif, mereka mampu mencapai tahap pembelajaran yang lebih mendalam. Saya benar-benar berharap pendekatan ini dapat diteruskan, bukan sahaja dalam kursus ini tetapi juga dalam bidang lain, agar pendidikan menjadi lebih dinamik, menyeronokkan, dan berimpak tinggi.
Saya sangat berbangga dengan pelajar saya dan tidak sabar untuk melihat ke mana lagi perjalanan pembelajaran mereka akan membawa mereka! 🚀✨
Klik link untuk paparan penuh aktiviti pelajar: https://drive.google.com/drive/folders/1VkWL2gjOq1bRSfm5CXYOWve7K1j6fv9C?usp=sharing
Inovasi SULAM 2025
Sebagai penasihat kepada kumpulan pelajar dalam Projek Sulam, saya amat berbangga dengan usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh para pelajar dalam menyediakan projek bertajuk "Imuniti Aktif". Projek ini melibatkan penghasilan e-book dan audiobook menggunakan platform dalam talian Canva, yang merupakan satu pendekatan inovatif dalam menyampaikan ilmu berkaitan sistem imuniti kepada masyarakat.
Pelajar telah menunjukkan kreativiti yang tinggi dalam membangunkan bahan pembelajaran ini. Mereka bukan sahaja menghasilkan kandungan yang menarik dan mudah difahami, tetapi juga berjaya menyampaikan maklumat secara interaktif dan efektif. Penggunaan teknologi dalam projek ini membuktikan bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran digital yang semakin berkembang.
Selain daripada pencapaian akademik, projek ini juga berjaya memupuk nilai tanggungjawab dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing dengan penuh komitmen, dan mereka saling menyokong antara satu sama lain dalam memastikan kejayaan projek ini. Sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pelajar sepanjang perjalanan projek ini amat membanggakan dan membuktikan keupayaan mereka untuk bekerja dalam situasi yang memerlukan perancangan dan kerjasama yang baik.
Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, dan saya yakin pengalaman ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar dalam mengembangkan kemahiran akademik serta kemahiran insaniah mereka. Saya berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi untuk pelajar lain dalam melaksanakan projek-projek berimpak tinggi pada masa hadapan.
Klik pautan untuk tonton hasil kerja pelajar: https://www.canva.com/design/DAGaEefibZE/tCHftMia2L4yPfBdi2ZjwQ/watch?utm_content=DAGaEefibZE&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=uniquelinks&utlId=ha8d0cbb5d8
Pengalaman Berharga: Sesi Perkongsian Inovasi Pengajaran di Minggu Citra Akademik 2024 (Oktober 2024)
Pada Oktober 2024, saya berpeluang untuk menyampaikan sesi perkongsian tentang inovasi pengajaran yang saya bangunkan untuk pelajar saya semasa Minggu Citra Akademik. Lebih bermakna lagi, ini merupakan sesi perkongsian pertama saya bersama rakan-rakan akademik di UniSZA, dan saya benar-benar rasa teruja serta bersyukur atas jemputan ini.
Sesi ini diadakan secara dalam talian dan memberi saya ruang untuk berkongsi pendekatan pengajaran yang saya gunakan dalam bilik kuliah. Matlamat utama saya adalah untuk membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mendalam, meningkatkan keterlibatan mereka dalam pembelajaran, dan menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta bermakna.
Selain berkongsi kaedah yang saya gunakan, saya juga berharap sesi ini dapat memberi impak positif kepada rakan-rakan pensyarah yang lain. Saya percaya bahawa inovasi dalam pengajaran adalah satu usaha berterusan, dan apabila kita berkongsi idea serta pengalaman, kita bukan sahaja memperkaya kaedah pengajaran sendiri tetapi juga memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar. Saya berharap agar pendekatan ini dapat memberi inspirasi kepada pendidik lain untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam pengajaran mereka.
Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya tentang pentingnya komuniti akademik yang menyokong dan berkongsi ilmu. Saya berharap dapat terus berkongsi dan belajar bersama rakan-rakan akademik di masa hadapan.
Introducing the eLMOE; Engaging Lecture Module Integrating Octalysis Element
Welcome to this module book, where we introduce a ground-breaking learning pedagogy called eLMOE—Engaging Lecture Module Integrating Octalysis Elements. This innovative approach integrates the elements of the Octalysis framework to revolutionize your learning experience. Our goal is to empower you by leveraging the eight core elements of the Octalysis framework: Epic Meaning and Calling, Development and Accomplishment, Empowerment of Creativity and Feedback, Ownership and Possession, Social Influence and Relatedness, Scarcity and Impatience, Unpredictability and Curiosity, and Loss & Avoidance.
By integrating eLMOE into this module, we aim to enhance your engagement, deepen your understanding, and help you master the complex topic of cardiac cycle physiology. With elements like epic meaning, empowerment, and social influence, you will be encouraged to take ownership of your learning journey and actively explore this fascinating subject.
Throughout this module, you will embark on a journey of discovery, with each chapter carefully crafted to maximize your learning experience. From interactive quizzes to engaging activities, eLMOE ensures that you grasp the fundamentals and develop a deep and lasting understanding of cardiac cycle physiology.
Get ready to unleash your potential and join in a transformative learning experience with eLMOE. Let us explore the wonders of cardiac cycle physiology like never before!
eLMOE Objectives
The general objective of this module book on cardiac cycle physiology is to create a dynamic and engaging learning environment that enriches your educational experience. Utilizing innovative teaching methodologies and the eLMOE learning pedagogy, we aim to foster a deep understanding and mastery of the subject matter.
Octalysis Framework
MPI 2024 - SILVER MEDAL & BEST POSTER AWARD
eLMOE: Revolutionizing Medical Education through Octalysis Elements Integration
Alhamdulillah, pada tahun ini saya dan pasukan membawa inovasi dalam pendidikan ke MPI 2024 dengan tajuk Revolutionaising Medical Education though integration of Octalysis Elements; eLMOE. Antara intitpati inovasi adalah untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran dimana objektif utama adalah kearah "Effective and Personalised Learning".
Pedagogi yang kami ketengahkan bukan sahaja khusus kepada pembelajaran secara bersemuka malah boleh diadaptasikan kepada pembelajaran teradun atau atas talian. Integrasi beberapa element didalam eLMOE bukan sahaja untuk menggilap keupayaan pelajar dari segi kognitif malah keupayaan yang menyeluruh termasuklah "personal skill" yang lain.
MPI 2024 - GOLD MEDAL & BEST POSTER AWARD
PASPORT KESIHATAN WARGA EMAS
Alhamdulillah, GRACE dengan Pasport Kesihatan Warga Emas berjaya merangkul pingat Emas di MPI 2024
MPI 2023 - GOLD MEDAL
Warriornaire; Octalysis Incoporative Learning Tools Completing
Outcome Based Education
Click link video di bawah untuk melihat butiran lanjut video demonstrasi :
Click link untuk paparan video demostrasi projek inovasi:
Permainan ini amat dinamik dimana ia boleh diubah suai dan dimainkan oleh pelbagai peringkat umur. Menariknya pertandingan brainsweeper telah dijalankan semasa hari sedekat fakulti perubatan dimana para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu.
Gambar rujukan semasa pertandingan antara sekolah berlangsung:
Gambar rujukan aktiviti yang dijalan semasa proses pdp pelajar perubatan Fakulti Perubatan UniSZA.
1. Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
i. Falsafah pengajaran / penyeliaan dan penilaian.
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif sejajar dengan perkembangan semasa dan menggalakkan pembelajaran berterusan supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik dengan nilai-nilai Naseem sejajar dengan konsep flexible education with soul dimana empat teras utamanya adalah Teras gaya hidup sejahtera, Teras hubungan insaniah, Teras ta'lim wa tarbiyah dan Teras murabbi unggul dan masih mengenengahkan kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan berimpak tinggi ke arah memperkasakan modal insan.
ii. Kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian.- Menyediakan suasana pembelajaran yang dinamik dan memberansangkan supaya dapat memberi motivasi dan menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman.
- Pelajar diberi peluang untuk menguji tahap kefahaman masing-masing melalui kaedah "gamification". Kaedah ini membeli pengalaman pembelajaran dan maklumbalas secara formatif dimana secara tidak langsung ia mendorong kepada kaedah "self-centred learning".
- Pelajar juga berpeluang alami suasana pembelajaran secara "collaborative".
- Pemainan secara berkumpulan secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama pasukan.
2. Huraian mengenai kreativiti dalam inovsi yang dilaksanakan.i. Ciri
Keaslian:
- Aktiviti dan pendekatan pedagogi yang asli dengan mengadaptasikan permainan kepada mod pembelajaran.
- Beberapa aktiviti dan adaptasi telah didaftarkan dengan MyIPO.
Signifikan:- Asimilasi konsep pembelajaran yang teradun dengan teknologi seiring dengan era Revolusi Industri 4.0 - Cybergogy in Higher Education (MyHE 4.0).
- "Future-ready curriculum" dimana slot pembelajaran ditransformasi dan diadun supaya sesuai dengan konsep pembelajaran milenial. Pengguasaan teknologi perlu dimaksimakan supaya para pelajar lebih bijak dalam memanfaatkan ilmu yang dikongsi dan secara tidak langsung pelajar dapat memberi dapatan semula kepada masyarakat samaada penambahbaikkan dalam teknologi semasa atau sebagainya.
- Penguasaan teknologi yang optimum berupaya menaikkan tahap pembelajaran suatu populasi dimana ia bertindak sebagai sumber ilmu tanpa batas - "All at your fingertips".
- Pengukuhan latihan dimana pelajar boleh terus mrnguji tahap pehamaman tanpa perlu melalui proses pembelajaran yang lama.
Relevan:- Teknik pembelajaran yang sesuai dimana pelajar diberikan bahan pengajaran terlebih dahulu jadi waktu pembelajaran di dalam kelas merupakan sesi diskusi dan soal jawab bersama pelajar.
- Sistem yang dinamik dan pengunaan sistem aplikasi ringkas dan mudah pada bila-bila masa atau dimana-mana sahaja.
- Penggunaan sistem "cloud" membolehkan data diakses dengan mudah dan pengajar boleh mengemas kini kandungan mengikut kesesuaian semasa.
- Aplikasi yang dinamik boleh digunapakai oleh setiap program.
ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
- Soalan berbentuk aplikasi membolehkan pelajar berfikir secara kritikal dan menggunapakai sumber yang dikongsi dan menggunakan capaian teknologi untuk mencari jawapan.
- Mengenengahkan usaha pelajar dalam mencari maklumat berkaitan pembelajaran dimana kita memperkasakan suasana "self-centred learning" kepada mereka.
- konsep " all in one go" didalam aplikasi Zappar contohnya memudahkan pelajar menyemak senarai maklumat yang diberi dan mempercepatkan proses pembelajaran.
- Memberi kebebasan kepada pelajar dalam meneroka ilmu dan memberi platform yang menarik yang membolehkan interaksi dua hala.
- Menyediakan ruang kepada pelajar untuk alami suasana "collaborative learning" dan "peer driven learning" dimana kedua-dua kaedah pembelajaran ini dapat memupuk semangat kerjasama dan suasana perkongsian ilmu justeru secara tidak langsung pelajar "mengajar untuk belajar".
iii. Kesejajaran antara kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran.
- Suasana pembelajaran menyokong amalan pembelajaran yang disarankan oleh pengajian tinggi dimana galakan penggunaan bahan teknologi, aplikasi secara maya dan lain-lain merupakan konsep mod pembelajaran teradun.
- kaedah yang diguna berupaya menyokong proses pembelajaran.
3. Impak kreativit dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:
i. Peningkatan pencapaian pelajar.
- kebanyakkan pelajar mendapat pendedahan kepada contoh-contoh soalan aras tinggi dimana ia membantu pelajar untuk mencari pengetahuan sendiri. Pelajar lebih peka kepada isi kandungan yang disampaikan dan mengambil inisiatif untuk menambah pengetahuan sedia ada.
- Pelajar mempunyai lebih pendedahan kepada sumber bacaan lain sebagai bahan rujukan dan pelajar lebih bersifat terbuka.
ii. Kualiti hasil kerja pelajar.
- Pelajar leih berdikari dalam mencari sumber.
- Pelajar lebih yakin terutama semasa proses penukaran ilmu dimana mereka telah praktik semasa proses pembelajaran berlaku.
Lawati paparan di bawah untuk rujukan penuh inovasi aplikasi yang disediakan.
__________________________________
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif sejajar dengan perkembangan semasa dan menggalakkan pembelajaran berterusan supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik dengan nilai-nilai Naseem sejajar dengan konsep flexible education with soul dimana empat teras utamanya adalah Teras gaya hidup sejahtera, Teras hubungan insaniah, Teras ta'lim wa tarbiyah dan Teras murabbi unggul dan masih mengenengahkan kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan berimpak tinggi ke arah memperkasakan modal insan.