Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran
- PERNYATAAN FALSAFAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANHuraian: Setiap individu adalah unik, jadi sebagai seorang pendidik, kita perlu peka dengan kemahiran pembelajaran yang ada pada setiap pelajar supaya kita dapat memastikan segala ilmu yang kita sampaikan dapat diserap dan didalami sepenuhnya. Jadi bagaimana cara untuk kita mengetahui identiti dan cara pembelajaran para pelajar kita?. Ini lah rahsianya... Dekatilah mereka, luangkan sedikit masa bersama dan belailah jiwa mereka. kerana dengan ini mereka bukan sahaja merasakan lebih dekat dengan gurunya malah mereka akan lebih rasa dihargai dan secara tidak langsung melembutkan hati dan melapangkan dada mereka untuk menerima ilmu yang bakal kita ajari.
"Falsafah Pendidikan saya adalah kesemua pelajar adalah unik dan keadaan persekitaran dan peranan tenaga pengajar amat membantu dan mendorong proses pembelajaran dimana ia membantu mereka untuk berkembang secara fizikal, mental, emosi dan sosial".
Huraian: Saya amat percaya, suasana pembelajaran bukan sahaja memberi impresi pertama untuk setiap individu malah ia merupakan sumber motivasi bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada pendidik."Suasana pembelajaran penyumbang motivasi untuk belajar"
5 elemen kondusif untuk pembelajaran termasuk:1. Pendidik berperanan sebagai pendorong.
- Peranan seorang pendidik pada era pembelajaran milenial adalah berbeza berbanding masa dahulu. Pendidik pada masa kini lebih berperanan sebagai pembimbing dan bertindak sebagai "peta" kepada para pelajar. Para pelajar diberikan sampan dan pendayung untuk menuju ke destinasi. Keupayaan dan kreativiti pelajar untuk mencari jalan dan berusaha menuju ke destinasi merupakan kayu ukur pencapaian mereka. Mengapa sedemikian?, dengan adanya capaian maklumat yang maju, teknologi yang pantas, pelajar bebas untuk memilih kaedah pembelajaran yang optimum namum pembimbing atau pendidik yakni "peta" masih diperlukan sebagai penunjuk arah kepada mereka.
2. Pelajar diberi peluang untuk mencuba.- Setiap pelajar mempunyai hak untuk merasai pengalaman pembelajaran. Mereka seharusnya diberi peluang untuk mencuba semasa proses pembelajaran berlaku. Tidak ada istilah "terlambat" didalam proses menimba ilmu. Istilah ini digunapakai pada setiap peringkat umur. Melalui kaedah ini, pelajar akan lebih menghayati dan memahami setiap ilmu yang dikongsi. Dan melalui kaedah ini jugalah pendidik boleh menganalisa tahap pemahaman sesuatu konsep yang disampaikan. Dengan berlakunya aplikasi pembelajaran "insitu", proses interaksi dua hala akan terbentuk dan impaknya sangat tinggi dalam proses pemindahan ilmu.
3. Pelajar diberi autonomi atau kebebasan memilih dan jadikan sifat ingin tahu mereka sebagai jalan kepada ilmu.
- Berbeza dengan pendekatan pembelajaran kita pada suatu ketika dahulu, pelajar pada abad milenial diberi kebebasan untuk memilih. Memilih yang bagaimana?. Adakah pelajar boleh membuat keputusan sendiri?. Berbalik kepada konsep setiap pelajar mempunyai keunikan yang tersendiri, sama ada dari segi teknik pembelajaran, keupayaan dan sebagainya, pelajar diberi kebebasan untuk memilih pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan personaliti mereka namum pelajar masih terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh sesebuah institusi yg diduduki.
4. Pelajar perlu mengajar untuk belajar.- Disebalik kaedah mengajar untuk belajar, terselindung suatu rahsia. Cara untuk menilai sama ada pelajar itu dapat menguasai ilmu yang disampaikan adalah menggunakan teknik ini. sekiranya pelajar tersebut berupaya untuk memindahkan sesuatu ilmu kepada individu lain bermaksud pelajar tersebut berjaya menguasainya. Justeru, untuk mengoptimumkan penguasaan ilmu, pelajar perlu memainkan peranan sebagai pengajar. konsep yang sama diterapkan dalam kaedah "collaborative learning" dimana sesi pembelajaran berlaku sesama kumpulan pelajar melalui kaedah perkongsian dan pemindahan ilmu. Peranan pendidik pada waktu ini adalah sebagai "kompas" dalam memastikan para pelajar masih "On track".
5. Penggunaan teknologi perlu diadaptasi dalam pembelajaran selari dengan perkembangan semasa.- Perkembangan dunia teknologi sudah lama berlaku namun atas dasar ketidak-sediaan kita untuk berubah, kita mengabaikan peranan dan keupayaan teknologi dalam merubah corak pendidikan masa kini. Pandemik Covid-19 yang melanda kita pada 2020 menjadi batu loncatan kepada transformasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Kita kini lebih bersedia menerima perubahan dunia pendidikan kearah revolusi teknologi.
Mengajar merupakan suatu proses pembelajaran, iaitu belajar daripada pelajar, rakan sekerja, ibubapa dan komuniti. Ini adalah “lifelong learning process” dimana kita belajar strategi baharu, idea terkini dan filosofi baru. Saya percaya “Learning is an endless business and the impact is the value that you can’t count”. - Peranan seorang pendidik pada era pembelajaran milenial adalah berbeza berbanding masa dahulu. Pendidik pada masa kini lebih berperanan sebagai pembimbing dan bertindak sebagai "peta" kepada para pelajar. Para pelajar diberikan sampan dan pendayung untuk menuju ke destinasi. Keupayaan dan kreativiti pelajar untuk mencari jalan dan berusaha menuju ke destinasi merupakan kayu ukur pencapaian mereka. Mengapa sedemikian?, dengan adanya capaian maklumat yang maju, teknologi yang pantas, pelajar bebas untuk memilih kaedah pembelajaran yang optimum namum pembimbing atau pendidik yakni "peta" masih diperlukan sebagai penunjuk arah kepada mereka.