GENERAL
Prof Madya Ts. Dr. Yew Been Seok merupakan pensyarah Kanan di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) , UniSZA. Bidang kepakaran beliau adalah dalam kejuruteraan yang merangkumi komposite/bahan dielektrik untuk aplikasi komputer/komunikasi tanpa wayar, penyerapan gangguan elektromagnetik. Dari segi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pula, beliau telah mengajar selama 10 tahun sejak 2014 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Beliau berpengalaman dalam mengajar kursus Engineers and Society, Health, Safety and Environment, Industrial Safety, Engineering Science, Statics and Dynamics, Polymer Testing and Characterization bagi pelajar Teknologi Pembuatan dan Teknologi Polimer UniSZA. Kursus Engineers and Society dan Health, Safety, and Environment merupakan kursus yang penerapan element Service-Learning Malaysia University for Society (SULAM). SULAM merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah. Ia mempunyai nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti itu dikira dalam pengiraan jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan. Beliau merupakan ahli jawatankuasa teknikal bagi International Conference on Engineering Materials (ICEM) semenjak tahun 2021 hingga kini.
Beliau turut memenangi pingat emas dan anugerah khas dalam bidang Inovasi dan pengajaran seperti MPI, ITEX, dan UNICEL. Memperolehi pelbagai Geran penyelidikan sebagai penyelidikan utama dan bersama (DPU, RAGS, SRGS, dan FRGS). Berikut adalah hasil pengajaran dan pembelajaran (PDP) berterapkan konsep SULAM yang dilakukan bersama pelajar Teknologi Pembuatan dan Teknologi Polimer UniSZA dan komuniti sekitar Kuala Nerus.
“SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENTAL MANAGEMENT OF THE SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES (SME) AND THE IMPACT TO THE SOCIETY AROUND TERENGGANU”
Pelajar-pelajar Program Teknologi Pembuatan
Pelajar-pelajar Program Teknologi Polimer