Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran
FALSAFAH PENGAJARAN:
TEORI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Teknologi Instruksional ('Instructivism') bersama aplikasi 'constructivism & connectivism' merupakan strategi utama saya dalam penyampaian PdP yang berkesan dikalangan para pelajar saya berlatarbelakangkan Sains Kesihatan. Ilmu tentang anatomi fisiologi manusia sedia ada bersama penggunaan ICT seiring dengan keperluan IR4.0, dilihat bukan sahaja sangat menarik minat para generasi Z (serta Generasi Alpha kelak), malahan ianya mampu merubah persepsi para pensyarah secara umumnya tentang kepentingan untuk senantiasa melakukan anjakan paradigma besar sebagai hidup seorang ahli akademik yang berwibawa. Pelajar digalakkan untuk mengadakan komunikasi sesama pelajar dengan berkesan melalui kerja berkumpulan dan pelajar akan dibimbing oleh pensyarah (secara minima) menjadi insan yang cemerlang, yang mampu membantu pelajar yang lain. Membantu pelajar memahami kandungan pembelajaran mereka, hormati keupayaan pelajar kita serta hargai segala usaha yang disumbangkan oleh para pelajar.
STRATEGI FALSAFAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
'Instructional Technology, Constructivism & Connectivism' merupakan antara kaedah/strategi pengajaran yang saya praktiskan ke semua kursus Anatomi Fisiologi Manusia sejak saya mula berkecimpung di dalam dunia akademik. Pengajaran pedagogi berteraskan Cognitivism juga diperkenalkan agar para pelajar saya pada di peringkat awal semester pengajian (Tahun 1). Mereka akan turut dibantu dengan pengenalan kepada kepelbagaian kaedah pembelajaran serta penilaian pelajar, samada konvensional atau berlandaskan cygergogy, seiring dengan kehendak dan keperluan pembelajaran di abad ke21 ('21st century learning') serta IR4.0.