Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
ASPEK PENGAJARAN
Kepelbagaian strategi PdP yang diamalkan dalam memastikan pelaksanaan pengajaran yang berkesan, disamping pembelajaran para pelajar saya berlaku dengan efektif ialah saya akan berpandukan kepada strategi perancangan awal yang saya sediakan bagi memastikan semuanya bahan-bahan pengajaran saya dapat disiapkan dan disediakan dengan betul.
Penggunaan KeLIP sebagai platform utama (di samping WhatsApp) dalam penyampaian yang berkesan bagi semua kursus-kursus Anatomi Fisiologi dilihat dapat menarik minat para pelajar Sains Kesihatan untuk mendalami lebih lanjut tentang kursus yang ditawarkan. Paparan 'header' bagi setiap topik disediakan bagi memudahkan para pelajar merujuk pada seksyen topik yang betul ketika proses pembelajaran sedang berlaku.
Para pelajar akan diberikan slaid pengenalan kepada subjek yang bakal dipelajari, disamping beberapa tips berguna kepada para pelajar dalam memastikan pembelajaran diadakan secara efektif.
Antaranya senarai semak yang saya rujuk ialah :
Poster pengenalan kepada subjek Anatomi Fisiologi turut disediakan bagi menarik minat para pelajar meskipun sesi PdP kuliah belum lagi dilaksanakan.
Contoh poster subjek adalah sepertimana berikut:
Penggunaan Peta Minda (MindMap) XMind, GitMind dan MINDMASTER sangat membantu dalam pembelajaran para pelajar terutamanya apabila melibatkan kepelbagaian sistem tubuh badan manusia
MERUPAKAN PELOPOR DALAM PENGGUNAAN BORANG 'ENTRANCE-EXIT SURVEY' DI FAKULTI SAINS KESIHATAN (FSK)
Selain itu,perancangan pengajaran, nota, LCV ('lecture content video') serta bahan-bahan pengajaran yang telah disediakan akan dimuatnaikkan ke KeLIP lebih awal dan KeLIP disemak dengan teliti bagi memastikan tiada gangguan teknikal berlaku semasa para pelajar mendapatkan bahan - bahan pembelajaran mereka nanti.
MONTAGE FRONT COVER NOTA-NOTA YANG PERNAH DISAMPAIKAN SEPANJANG KARIER
(UniKL-RCMP, MAHSA Uni College, KPJ International College)
Penyediaan senarai semak serta perancangan pengajaran saya (mengikut topik sistem) dimana majoriti pelajar akan menerimanya SEBELUM sesi PdP bermula disamping nota kuliah (PDF) yang turut dimuatnaik ke dalam KeLIP terlebih awal. Contoh Senarai Semak yang disediakan adalah sepertimana berikut (*salah satu daripada 16 Senarai Semak yang telah disediakan untuk dua semester berturut-turut) :
SENARAI LCV (Lecture Content Video) yang telah direkod dan dimuatnaik ke KeLIP bagi tahun 2020:
Konsep "3xUNTUNG" diperkenalkan kepada para pelajar:
UNTUNG PERTAMA: Apabila para pelajar memuat turun senarai semak serta nota kuliah PDF sebelum kuliah bermula, pelajar akan memperolehi nota lebih awal, meneliti nota tersebut dan melakukan pembacaan awal serta mencatatkan apa sahaja soalan yang dikehendaki oleh pelajar untuk ditanyakan kepada saya pada sesi kuliah sebenar nanti. Jadi di sini, konsep UNTUNG PERTAMA dalam strategi "3xUNTUNG" tersebut, didapati berkesan dalam pelajar membuat penelitian tentang bahan - bahan pembelajaran yang sesuai SEBELUM ke kuliah sebenar, pelajar juga akan berbincang terlebih dahulu bersama rakan pelajar yang lain untuk memastikan persediaan pembelajaran tidak akan terganggu semasa sesi sebenar PdP berlangsung di kuliah nanti. Kaedah ini dilihat dapat menggilap sikap kebertanggungjawapan serta semangat berpasukan disamping meningkat nilai keyakinan diri para pelajar SEBELUM memasuki ke sesi kuliah sebenar nanti.
UNTUNG KEDUA: Para pelajar akan hadir ke kuliah dengan berbekalkan nota awal serta 'senarai soalan-soalan' yang bakal dijawab atau dibincangkan bersama saya semasa sesi sebenar PdP Kuliah atau amali. Berdasarkan pengalaman, kebiasaanya dapat dilihat para pelajar ini akan terlebih dahulu bertanyakan soalan-soalan mereka sediakan awal walaupun masa PdP Kuliah belum bermula. Kehadiran saya lebih awal ke sesi kuliah, sememangnya 'disengajakan' kerana kebiasaanya pelajar akan suka bertanyakan soalan - soalan tentang samada kuliah lepas mahupun tajuk kuliah baharu yang akan bermula dalam sesi nanti. Sikap minat yang mendalam para pelajar saya dapat dilihat dan didengar apabila pelajar ini ber'tubi-tubi' bertanyakan soalan-soalan mereka sehinggalah pelajar berkenaan akan berpuas hati dengan penjelasan lanjut daripada saya. Semasa kuliah berlangsung pula, saya akan mula mengalihkan perhatian terutamanya kepada individu atau kumpulan pelajar yang jarang bertanyakan soalan semasa di dalam sesi PdP kuliah. Saya juga kerap bertanyakan sekiranya ada mana - mana bahagian slaid nota yang disediakan tidak dapat difahami oleh sesetengah pelajar, maka saya akan perbetulkan. Pelajar yang benar - benar meneliti slaid saya pasti akan medapati sesetengah slaid yang disediakan masih terdapat dari segi kesalahan ejaan atau bahasa. Maka saya akan menerimanya dan akan memperbetulkan semula dan saya akan memberikan ucapan TERIMA KASIH kerana menegur kesalahan ejaan tersebut. Meskipun kesalahan ejaan atau slaid itu disengajakan, saya lebih suka menghargai usaha dan ketelitian para pelajar serta ketekunan mereka dalam memeriksa setiap slaid yang disediakan. Jadi, diakhir sesi PdP kuliah tersebut, komunikasi dua hala (two-way communication) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Maka disini para pelajar akan memperolehi UNTUNG KEDUA. Malahan pelajar yang memberanikan diri bertanyakan soalan, akan saya sediakan e-badge COURAGE bagi menghargai usaha dan keberanian pelajar saya ketika bertanyakan soalan-soalan. Contoh e-badge adalah seperti berikut (*Nombor pada e-badge mewakili jumlah markah yang diperolehi oleh pelajar) :
UNTUNG KETIGA: Apabila sesi PdP telah berjaya diselesaikan serta kesemua soalan - soalan pelajar dapat dibincangkan, dibahas dan diselesaikan, peringkat yang seterusnya ini yang paling penting dimana para pelajar kebiasaannya akan berbincang sesama pelajar lain tentang jawapan yang diperolehi didalam sesi kuliah sebenar tadi. Perbincangan pelajar dilihat lebih mendalam di mana terdapat sifat ingin tahu (curiosity) tentang jawapan yang dibahaskan dan pelajar akan mula mengadakan sesi pembelajaran secara kendiri dan lebih 'asynchronous'. Segala jawapan akan terjawab dengan lebih mendalam dan bagi subjek Anatomi dan Fisiologi perubatan, para pelajar akan lebih suka mengadakan sesi berkumpulan. Pelajar akan bertukar pendapat, jawapan dan cadangan tentang kaedah serta berbincang tentang cara bagaimana untuk lebih mendalami sesuatu topik yang baharu dipelajari. Maka disini didapati para pelajar sudah pun mempunyai UNTUNG KETIGA.
Sikap kerterbukaan saya SELEPAS sesi PdP tamat turut membuka peluang kepada para pelajar untuk bertanyakan soalan - soalan yang berkaitan dengan sesi PdP dan ketersediaan saya untuk membimbing para pelajar saya tentang kaedah menjawab soalan Anatomi Fisiologi dilihat amat membantu dalam pengembangan minat mendalam pelajar saya dalam memahami subjek yang dipelajari.
Para pelajar juga dibawa ke UniSZA kampus Perubatan semasa sesi amali dan demonstrasi kaedah diseksi mayat di Makmal Diseksi. Bahan - bahan pengajaran seperti mayat, alatan pembedahan, mesin 'embalming', serta rujukan atlas anatomi manusia disediakan lebih awal dengan bantuan pegawai sains serta pembantu makmal diseksi yang bertugas. Pelajar akan diberikan senarai semak serta manual amali dan soalan yang perlu dibincangkan selepas sesi amali/demonstrasi tamat. Ketika sesi demonstrasi diseksi mayat diadakan, para pelajar diberikan taklimat ringkas tentang keselamatan makmal serta kepentingan pemakaian kot makmal SEPANJANG sesi dijalankan. (*Gambar semasa sesi amali / demonstrasi diseksi sepertimana tertera):
Para pelajar diberikan peluang untuk mengendalikan sesi perbincangan serta pemeriksaan mayat.
Pelajar juga turut mengadakan perbincangan tentang struktur serta fungsi organ yang telah diseksi.
Para pelajar akan disediakan senarai semak secara individu dan ketika sesi perbincangan dan pemeriksaan mayat, para pelajar dikehendaki menyemak semula senarai bahagian tubuh/anggota badan mayat serta kawasan-kawasan tubuh (body regions) yang telah dipelajari lebih awal semasa di dalam kuliah.
*contoh Senarai Semak Sesi Demonstrasi Diseksi Mayat di Makmal Diseksi, UniSZA Kampus Perubatan (edaran pelajar)
Dalam memastikan efisyiensi pembelajaran pelajar berada dalam tahap kogniti yang memuaskan, beberapa aktiviti sampingan bersama diadakan. Aktiviti ini adalah sepertimana berikut:
a) Perbincangan berkumpulan - Refleksi Berkumpulan
b) Penyediaan "Clay Model" - Human Anatomy
ASPEK PENILAIAN
Bagi aspek penilaian pula, antara kaedah konvensional yang diterapkan ialah kertas akhir peperiksaan, penulisan laporan makmal, ujian pertengahan semester serta OSPE.
a) Kertas Peperiksaan Akhir Semester
Kertas peperiksaan disediakan mengikut aras taksonomi Bloom yang telah ditetapkan sepertimana di dalam Maklumat Kursus Terperinci atau DCI Kursus. Penelitian setiap soalan yang disediakan menggunapakai borang Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU akan disemak dan dipantau oleh pemeriksa kertas soalan yang akan dilantik semasa proses 'vetting' di peringkat pusat pengajian diadakan. Seterusnya soalan yang dijawab oleh para pelajar akan diadakan analisa item soalan atau exam item analysis bagi melihat semula kesesuaian soalan yang disediakan dengan jawapan pelajar (*Exam Item Analysis ini akan diterangkan di dalam Inovasi Pengajaran Pembelajaran)
b) Penulisan Laporan Makmal (Laboratory Report Writing)
Setelah sesi amali selesai, maka para pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan pula akan berbincang dan menyiapkan laporan makmal dan dihantar mengikut tarikh akhir penghantaran. E-bagde bagi kerja berpasukan disediakan bagi mana-mana kumpulan yang didapati mendapat markah tertinggi di dalam penyediaan laporan makmal yang berkualiti. Contoh E-badge adalah sepertimana berikut (*Nombor pada e-badge mewakili jumlah markah yang diperolehi oleh kumpulan):
c) Ujian pertengahan semester
Ujian ini diadakan bagi melihat keberkesanan kognitif para pelajar di dalam proses PdP subjek Anatomi dan Fisiologi. Soalan - soalan yang disediakan juga disediakan dalam pelbagai jenis, bentuk serta aras taksonomi bagi mendedahkan para pelajar tentang soalan yang diberikan.
d) Peperiksaan O.S.P.E. ("Objective Structured Practical Examination)
Sebelum pandemik COVID19 melanda, peperiksaan OSPE bagi subjek Anatomi Fisiologi diadakan di makmal Mikroskopi dan Makmal Histologi, UniSZA Kampus Perubatan. Beberapa stesen OSPE beserta model anatomi disediakan dan sebelum peperiksaan OSPE berlangsung taklimat dan pembahagian kumpulan kepada para pelajar diberikan di luar makmal. Masa yang diperuntukkan bagi setiap stesen pula antara 2 - 3 minit sahaja. Loceng akan dibunyikan dan pelajar perlu bergerak ke stesen yang berikutnya mengikut anak panah yang disediakan.
CONTOH PEMBAHAGIAN KUMPULAN PELAJAR BAGI PEPERIKSAAN OSPE
CONTOH STESEN OSPE
TATACARA SUSUNAN PEPERIKSAAN OSPE DI DALAM MAKMAL
(*ANAK PANAH DISEDIAKAN BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR BERGERAK KE STESEN YANG BETUL)
Meskipun terkesan dengan ketiadaan peperiksaan secara bersemuka, namun ianya dijadikan suatu kesan yang POSITIF ke arah pengaplikasian peperiksaan OSPE secara maya (virtual OSPE); menggunapakai KeLIP sebagai platform utama. Taklimat OSPE disampaikan secara WhatsApp atau KeLIP, dan seterusnya para pelajar hanya perlu bersedia di hadapan skrin masing-masing dan menunggu sehingga peperiksaan OSPE secara atas talian akan 'dibuka'; menggunakan kata laluan/password yang diberikan.
Pelajar akan melalui soalan-soalan berkaitan TLO yang dipelajari sepertimana modus OSPE yang sebenar di dalam makmal.
Sepanjang mempelajari (secara khusus) tentang pentaksiran atas talian atau online assessment, pelbagai rujukan luar digunapakai.
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD