Falsafah Pembelajaran dan Pengajaran
1. Falsafah Pengajaran:
Pengajaran yang bermakna adalah usaha untuk mempersembahkan pengajaran dengan jiwa kental murabbi, mengikhlaskan diri untuk memberikan pendidikan terbaik melepasi ruang bilik kuliah dengan mengambil kira perkembangan dan kehendak semasa dan bertekad melahirkan generasi rabbani yang mampu menguasai bidang serta berkeperibadian insani. Generasi yang dilahirkan memiliki kekuatan holistik dari segi jasmani, emosi, intelektual dengan berpaksikan kekuatan rohani dan ini selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Teori / model yang mendasari falsafah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP):
Teori yang mendasari falsafah ini adalah berasaskan firman Allah S.W.T yang diambil melalui Al-Quran Surah Al Alaq ayat 1-4 dengan menetapkan empat (4) asas dalam mendidik manusia iaitu:
i. Merangsang mereka untuk membaca dalam membangunkan diri (Ayat 1)
ii. Meletakkan objektif yang jelas dalam pencarian ilmu iaitu mencari ilmu dengan niat yang tulus, mencari keredhaan tuhan yang menciptakan ilmu dan pencari ilmu (Ayat 2).
iii. Mendidik mereka supaya ilmu dimiliki adalah untuk mereka menenggelamkan keangkuhan diri dan menginsafi ianya hanya sedikit dan kecil berbanding dengan ilmu Allah yang luas (Ayat 3).
iv. Menggunakan ‘alat’ Pembelajaran dan Pengajaran yang selari dengan kehendak semasa dan bersesuaian dengan ‘jiwa’ pelajar bagi memastikan keberkesanannya (Ayat 4).
Model yang dijelmakan dari teori di atas adalah hasilan ciri modal insan yang diharapkan daripada corak PdP yang menggabungkan elemen ILMU dan RUH
Prinsip dalam Pengendalian Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
Selain falsafah dan teori/model yang menjadi tapak dalam membentuk PdP yang bermatlamat jelas, saya juga membina dan berpegang kepada prinsip dalam pengendalian PdP. Ia bagi memudahkan saya sentiasa terpandu dalam menentukan strategi, pendekatan kaedah dan teknik PdP bagi setiap kursus kendalian saya. Berikut adalah gambaran prinsip yang menjadi pegangan saya.
Prinsip Pdp di bawah Pendidikan Rabbani