Kreativiti dan Inovasi
1. Penyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong falsafah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
Kreativiti dan inovasi yang dibangunkan adalah bagi membentuk landskap PdP yang berkesan dan berimpak dengan mengambil kira penekanan kepada pendidikan rabbani. Di samping itu, ia turut mengambil kira kerelevenan dan kesesuaian kepada persekitaran PdP yang ada melibatkan kualiti penyampaian, aspek penerima (pelajar), fasilti dan kekangan yang sedang dilalui. Penerapan elemen Kurikulum Tersedia Masa Hadapan turut dilakukan bagi memastikan pembentukan program mempunyai prospek masa depan kepada graduan.
2. Penyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
Menggunakan kaedah Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) secara dalam talian sepenuhnya (100%) yang disesuaikan dengan suasana Pandemik COVID-19.
3. Penyataan kreativiti dalam inovasi yang dilaksanakan dari segi:
i. Ciri
· Asli
- Membangunkan Garis Panduan PTG di peringkat PTj sebagai rujukan dan panduan serta melancarkan lagi pelaksanaan (Rujuk Lampiran 1).
- Pelaksanaan PTG secara efektif dan berstruktur melalui platform KeLIP sepenuhnya bagi tujuan pemantauan dan penambahbaikan (link ke KeLIP kursus). Oleh itu perancangan dan persediaan yang rapi sebelum sesi PdP dijalankan bagi memastikan ia berjalankan lancar dan berkesan diatur sebaik mungkin.
· Signifikan
- Menggunakan kaedah PTG sebagai pembelajaran dalam talian yang boleh dilaksanakan secara masa nyata atau bukan masa nyata (mengikut kesesuaian dan keperluan) dengan pemecahan pengendaliannya kepada bahan, aktiviti, pentaksiran yang terarah dan terancang rapi. Perkara ini dapat membantu memastikan kualiti kursus terjamin.
Pemecahan pengendalian dibuat dengan peruntukan anggaran 70 minit penyampaian kuliah, 30 min perbincangan dalam bentuk sumbang saran/ kajian kes/senario semasa berkait topik dan 30 minit adalah penilaian formatif bagi pengukur kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik (Sumber: Paparan KeLIP)
· Relevan
- Efisyen untuk dilaksanakan semasa pandemik yang melibatkan pembelajaran dari rumah (PDR) kerana PTG dikendalikan melalui dalam talian dan boleh dikendalikan secara fleksibel mengikut situasi (synchronous atau asynchronous)
ii. Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
- Kaedah PTG secara tidak langsung mempercepatkan pensyarah dan pelajar kepada pendidikan berteknologi bagi mendepani IR 4.0 dan membina lanskap Kurikulum Tersedia Masa Hadapan.
- Meyediakan pelbagai teknik berinovasi semasa sesi pengkuliahan bagi merangsang kemahiran berkomunikasi (verbal dan non verbal) dan mengupas isu-isu semasa berkait kefatwaan melalui senario yang sedang berlaku atau kajian kes yang dilontarkan. Di samping itu, membuka ruang forum sebagai melaksanakan elemen aktiviti PTG untuk pelajar membahaskan isu semasa berkaitan kefatwaan secara terbuka dengan merujuk kepada sesi pembelajaran yang dilalui dan pembacaan kendiri. Justeru, bagi pemudah cara untuk memilih kaedah PdP yang sesuai, relevan dan bertepatan dengan kondisi pelajar maka, koleksi teknik/kaedah e-Pembelajaran telah diwujudkan.
iii. Kesejajaran antara kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran.
- Mematuhi kesejajaran dengan hasil pembelajaran (Lampiran 2: DCI kursus).
- Pentaksiran Pelaksanaan PTG semasa pandemik COVID-19 telah diubah dan digantikan dengan bentuk yang lebih praktikal dan ia dipastikan sejajar dengan objektif dan hasil pembelajaran kursus (Lampiran 3)
4. Impak kreativiti dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:
i. Peningkatan pencapaian pelajar
- Kesemua pelajar (100%) dapat mengikuti setiap sesi pembelajaran mengikut situasi (synchronous atau asynchronous) dan tahap keupayaan capaian internet mereka dengan mempelbagaikan kaedah atau saluran penyampaian PdP (Rujuk Lampiran 4 berkaitan kepelbagaian kaedah yang digunakan).
ii. Kualiti hasil kerja pelajar
- Analisis keputusan peperiksaan secara kesluruhan melalui CQI mendapati hampir kesemua pelajar mendapat keputusan yang baik. Hasil kerja pelajar turut dibukti baik berdasarkan pecahan pemarkahan dalam CQI. Kefahaman dan penguasaan yang baik terhadap kursus hasil PdP sepanjang semester turut disokong dengan penilaian pengajaran, komen peribadi pelajar dan laporan refleksi tugasan yang disediakan oleh pelajar (Rujuk Lampiran 5 dan 6)
- Pembangunan Garis Panduan PTG Pusat Pengajian Teras 2020
- Slides Rasmi Pembentangan PTG PPT 2020
Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerangan yang diberikan bagi setiap slide
Menggunakan group telegram untuk memuatnaik bahan pengajaran bagi membantu pelajar bermasalah
Memperlihatkan kualiti pencapaian pelajar secara keseluruhan adalah meningkat.
Menunjukkan pelajar teruja dengan tugasan diberi, komitmen dalam menyempurnakannya dan beroleh manfaat darinya.