Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Profesional
5. Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
i. Dokumentasi refleksi
Dilaksanakan terutama bila melibatkan tugasan berkumpulan dan projek berasaskan komuniti (Lampiran 1)
ii. Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
Dilakukan setiap semester menerusi CQI (Lampiran 2)
iii. Tindakan dan perkongsian
- Melakukan sesi perbincangan bersama kumpulan pensyarah kursus pada awal semester untuk menilai dan mempertingkat prestasi serta kualiti PdP kursus pada semester tersebut.
- Menyediakan bersama satu platform untuk koleksi video/dokumen berkaitan kaedah pelaksanaan PdP masakini (IR 4.0, Future Ready Curiculum dan Pembelajaran Abad ke-21 yang dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam menambahbaikan kaedah PdP dari masa ke semasa.
- Menyediakan bersama satu Garis Panduan lengkap yang memandu untuk melaksanakan PdP dengan lancar dan berkesan.
6. Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.
i. Menyertai Bengkel/Kursus/Latihan Profesional
Menghadiri bengkel/kursus/latiham profosional yang berkaitan PdP sama ada anjuran Universiti mahupun pihak Luar (Lampiran 3). Antaranya:
- Training of Trainers (ToT) Service Learning Malaysia, KPM , 2019
- Bengkel Penyelarasan Kandungan Baharu Kursus Kelompok Baharu Mata Pelajaran Pengajian Umum 2018
- Siri Bengkel OBE oleh MQA
- Siri Bengkel HIEPs dan SULAM
ii. Menyertai pertandingan PdP perikat Universiti dan Kebangsaan
Pelaksanaan projek komuniti bagi kursus Hubungan Etnik telah dipertandingkan di peringkat UniSZA dan telah dipilih untuk menerima Anugerah Pembelajaran Immersif Bersemuka UniSZA 2019 dan tercalon untuk ke Pertandingan AKRI 2019.
iii. Menyertai pertandingan inovasi pengajaran
PdP yang dijalankan melibatkan beberapa kursus telah menyuntik idea untuk melahirkan beberapa produk inovasi yang kemudiannya dipertaruhkan untuk pertandingan inovasi di bawa tema Pembelajaran dan Pengajaran (Lampiran 3). Antaranya:
- F-Fahmi: Oku Pendengaran (Fiqh-Fardhu Ain Munakahat: Oku Pendengaran). (Kursus Fiqh Munakahat) MPI 2021. Ketua Projek/Gangsa
- IP-MED (Islamic Pre-Marriage Education for The Deaf). (Kursus Pra Perkahwinan Islam JAKIM) UniCeL 2020. Ketua Projek/Perak
- i3P: Pendidikan Pra Perkahwinan (Kursus Fiqh Ibadat). MPI 2019. Ketua Projek/Pingat Emas
- B-TITAS: Penilaian Teradun (Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia). UniCeL 2019. Ketua Projek/Pingat Emas
- Elemen 4.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran melaui e-Travelog (Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia). UniCeL 2019. Ahli/Pingat Perak.
- Visual w-Travelog Asia Tenggara dalam Peradaban Sosial, Agama, Ekonomi, Politik & Budaya (Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Putra InnoCreative Competition - Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2018. Ahli/Pingat Gangsa.
iv. Copyright Produk Inovasi PdP
Sebahagian daripada produk inovasi PdP yang dipertandingkan telah telah mendapat Sijil Copyright iaitu:
- B-TITAS: Penilaian Teradun (Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia). 2019
- i3P: Pendidikan Pra Perkahwinan (Kursus Fiqh Ibadat). 2019