Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran; Elemen pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar perubatan terdiri daripada silibus teori dan amali klinikal. Memandangkan tahun 2020 dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19, dan juga dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian diperkasakan, dan menggunakan kaedah mod teradun (blended learning); iaitu sepenuhnya atas talian ketika PKP, dan secara bersemuka ketika PKP dilonggarkan. Pembelajaran atas talian (online learning) dijalankan secara synchronous (waktu nyata) dan asynchronous (waktu tidak nyata). Untuk synchronous, platform Webex digunakan untuk aktiviti seperti kuliah, pembentangan seminar, dan perbincangan kes klinikal (case based discussion). Untuk asynchronous, beberapa platform digunakan seperti kumpulan chat (WhatApp), learning management system (KeLIP), kuiz (Kahoot!), dan gamifikasi (augmented reality). Kami juga berpeluang untuk mengadakan sesi bersemuka (face to face) ketika PKP dilonggarkan dan sesi tersebut digunakan untuk aktivti skil klinikal. Namun aktiviti klinikal di hospital dihadkan dan diubah mengikut kesesuaian.
- Penilaian; Sesi penilaian diadakan secara Eassessment untuk komponen teori; Multiple True False (MTF) dan PBQ (Problem Based Question) dimuat naik dalam KeLIP. Untuk komponen klinikal, OSCE dijalankan secara bersemuka. Untuk komponen penilaian berterusan, ianya dialkukan ketika sesi synchronous iaitu persembahan seminar dan perbincangan kes klinikal, dan juga asynchronous melalui aktiviti di dalam KeLIP seperti penulisan reflektif dan kes senario.
Senarai Kursus;
1. BMM 41002 - Anaesthesiology
2. BMM 00005 - Early Clinical Exposure
3. BMM 00008 - Basic Clinical Week
PENGAJARAN
SENARAI KURSUS DAN JUMLAH BILANGAN PELAJAR
No. Course Course Code Semester / Session Credit Hour No. Of Students 1. Anaesthesiology BMM 41002 2017/18
2018/19
2019/20
2020/212 52
54
60
602. Basic Clinical Weeks BMM 0008 2017/18
2018/19
2019/20
2020/21Not available
(Introductory course 2 weeks during clinical phase)60 3. Early Clinical Exposure BMM 0005 2017/18
2018/19
2019/20
2020/21Not available
(Embedded in other courses)60 SILIBUS KURSUS
Generated from UniSZA OBE system - Center for Management of Academic Excellence and Innovation (CoMAE-i)
UniSZA menggunakan e-pembelajaran di dalam sistem pendidikan yang dinamakan
KeLIP - Knowledge and e-Learning Integrated Platform.
Saya menggunakan sistem ini untuk memasukkan segala maklumat berkaitan kursus dan ianya boleh diakses oleh pelajar yang mendaftar kursus tersebut. Ia mendokumentasikan maklumat pengajaran dan bahan pengajaran. Saya juga menggunakan sistem ini untuk pelajar menghantar tugasan berkaitan. Ia bersesuaian dengan falsafah dan teori pengajaran dan pembelajaran saya iaitu menerapkan penggunaan teknologi pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum memulakan aktiviti secara maya, kami melakukan tinjaun dahulu berkenaan kadar liputan internet para pelajar supaya segala aktiviti dilakukan bersesuaian dengan kadar bandwith setiap pelajar, kerana impian kami tiada pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran atas talian. Ini bersesuaian dengan falsafah pendidikan saya sebelum ini, iaitu tiada pelajar yang tertinggal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pelbagai medium perkongsian.
Selain itu, kami juga menamalkan konsep kelas terbalik (flipped classroom) dengan memasukkan nota sebelum sesi pengajaran bermula di dalam WhatsApp untuk penggunaan internet low-bandwidth.
Mewujudkan kaedah pengajaran yang lebih menarik melaui penggunaan augmented reality.
Mengadakan kuiz selepas sesi pengajaran melalui Kahoot!
PENYELIAAN PELAJAR
Senarai pascasiswazah (MSc)
No. Nama Tajuk Projek Peranan Status 1 Nurul Alina binti Muhamad Suhaini Phenolic Profiles and Antinociceptive Properties of Propolis Extracts
From Malaysian Stingless Bee (Trigona species)Penyelia Utama Aktif Pelajar ini merupakan Graduate Research Assistance untuk modal insan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).
Sebelum menyertai progam Master Science di bawah seliaan saya, pelajar ini telah dipelawa untuk mengikuti beberapa sesi pengajaran berkaitan satu topik kesakitan melalui sesi Webex, supaya pelajar ini mendapat gambaran asas kepada kajian yang bakal dijalankan nanti dan permasalahan yang ada dan faedah kajian ini kepada permasalahan tersebut. Walaupun kami tidak penah bertemu muka secara fizikal, kami telah menyahut cabaran norma baharu apabila semua sesi dijalankan secara maya, iaitu melalui platform WhatsApp dan juga konferen video menggunakan Webex. Jadi penggunaan teknologi diterapkan dari awal lagi bersama pelajar ini.
Seperti saya nyatakan pada falsafah pendidikan saya, proses mendapatkan pengetahuan bukan sekadar ilmu pengetahuan sahaja namun ianya melibatkan proses holistik menerapkan nilai-nilai murni dan kesiapsagaan untuk menghadapi dunia mencabar pada masa hadapan. Jadi saya telah menjemputnya untuk mengikuti beberapa sesi pembentangan saya kerana pelajar ini baru memulakan pengajiannya dan belum dapat hasil kajian sendiri. Dia telah mengikuti saya dalam beberapa pertandingan inovasi dan juga pembentangan. Ini sebagai persediaan apabila pelajar ini mendapat hasil kajian. Kami telah menetapkan hasil kajian nanti untuk dihantar penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, mempersembahkan pembentangan, memasuki pertandingan inovasi dan juga mendapat harta intelek iaitu paten. Saya juga telah berkolaborasi dengan penyelia lapangan daripada industri farmaseutikal sebagai persediaan pelajar ini untuk turut terdedah dengan teknousahawan, bertepatan dengan pembentukan keperibadian secara holistik yang diterapkan dalam falsafah pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan ini saya bukan sahaja dapat menerapkan falsafah pengajaran kepada pelajar siswazah namun juga dapat diterapkan dalam penyeliaan saya untuk melahirkan generasi pelajar yang celik ilmu kesihatan sehingga dapat direalisasikan sepanjang hayat, dan melaksanakan rancangan pengajaran dan penyeliaan berteraskan kurikulum fleksibel berasaskan teknologi dan inovasi.
Senarai siswazah
Untuk program MBBS, tiada projek tahun akhir (Final Year Project), namun ianya digantikan dengan Peperiksaan Akhir Professional pada penghujung pengajian tahun 5. Jadi kami tiada penyeliaan projek untuk pelajar siswazah melainkan kami menyelia segala kerja sangkutan amali klinikal di fasiliti kesihatan berkaitan sepanjang posting kami. Jadi sehingga kini saya telah menyelia kesemua pelajar siswazah dalam posting Anestesiologi semenjak sesi pengajian 2017-2022 sehingga kini yang berjumlah 100 orang setelah dibahagi kepada kami bertiga di dalam unit Anestesiologi.
PENILAIAN
Untuk mengimplementasikan OBE dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, penilaian telah dibuat untuk mengukur tahap pencapaian pelajar mengikut hasil pembelajaran kursus / course learning outcome (CLO).
Dalam kursus saya, beberapa kaedah penilaian telah digunakan. Semua strategi penilaian ini dilakukan berdasarkan penjajaran konstruktif (constructive alignement) antara kaedah penyampaian pengajaran dan penilaian.
Peperiksaan bertulis digunakan untuk menilai skil kognitif (cognitive skill) sehingga tahap C3.
Manakala peperiksaan komponen klinikal digunakan untuk menilai skil psikomotor (psychomotor skill) sehingga tahap P4.
Salah satu inovasi saya iaitu Augmented Reality (AR) Clinical Skill Lab melalui modul ARway telah digunakan sebagai bahan mengajar untuk membantu pelajar saya melakukan simulasi psikomotor untuk mencapai tahap P4.