Inovasi pengajaran dan pembelajaran
https://e-fiqh-al-muamalat.com/
INOVASI DALAM PdP KURSUS FIQH AL-MUAMALAT
Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran kursus Fiqh al-Muamalat bermula dengan pembangunan portal E-Fiqh al-Muamalat. E-Fiqh al-Muamalat merupakan sebuah portal yang dibangunkan khusus untuk memuatkan perbahasan dalam fiqh muamalat sebagai rujukan bagi umat Islam, khususnya pelajar-pelajar di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Perbincangan dalam portal E-Fiqh al-Muamalat adalah berkaitan dengan hukum hakam yang berhubung dengan kegiatan dan tindak tanduk manusia sesama manusia seperti jual beli, sewaan, gadaian, pinjaman, hutang, upah, isu riba, kewangan Islam dan lain-lain. portal ini menjadi salah satu platform penting bagi menangani persoalan dan kemusykilan di kalangan masyarakat berkaitan status hukum bagi transaksi-transaksi dan produk-produk kewangan yang berada di pasaran. Pembangunan portal ini menjadi pemangkin kepada anjakan pemikiran umat Islam untuk mula beralih kepada produk kewangan yang patuh syariah. Kesedaran dan kefahaman yang jelas mengenai transaksi dan kontrak dalam kewangan Islam akan mengelakkan masyarakat Islam daripada terlibat dengan transaksi dan produk kewangan yang bercanggah dengan syarak. Portal ini turut memuatkan link kepada Facebook Fiqh al-Muamalat dan chatbox untuk memudahkan pengguna mengemukakan sebarang persoalan jika terdapat kemusykilan.
Portal ini dibangunkan berdasarkan model E-fiqh al-Muamalat yang menggabungkan 3 komponen utama dalam teaching dan learning, iaitu resources, activities dan assessment. Model ini menawarkan flexibility dalam pembelajaran dan save time and money, interactive dan instant feedback. Dr sudut resource, pelajar boleh access maklumat melalui medium yang pelbagai seperti facebook, webex, youtube dengan kos yang minimum. Aktiviti pembelajaran pula boleh dilakukan secara interactive dengan hanya klik kepada website atau medium2 yang terdapat dalam website ini. Pelajar juga boleh mendapatkan instant feedback apabila menjawab soalan kuiz yang disediakan. Aplikasi chatbot turut dibina bagi membantu masyarakat untuk terus berhubung dengan pakar apabila terdapat sebarang persoalan yang berkaitan dengan muamalat dan kewangan. Maklum balas segera boleh diperolehi dengan segera melalui platform chatbot, email, message yang disediakan.
Inovasi pengajaran dan pembelajaran E-Fiqh al-Muamalat MPI 2021
Kursus Fiah al-Muamalat merupakan kursus teras bagi semua pelajar sarjana muda dan diploma di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Rujukan utama kursus ini adalah kitab berbahasa arab, iaitu kitab Fiqh al-Manhaji. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan pelajar memahami kandungan kitab Fiqh al-Manhaji secara lebih menyeluruh, ringkasan dalam bentuk modul diterbitkan.
Aplikasi i-MAAL dibangunkan menggunakan aplikasi realiti terimbuh dan kandungan multimedia dalam kitab Fiqh al-Manhaji yang telah diringkaskan dalam bentuk modul. Kandungan dalam modul interaktif telah dikenal pasti untuk ditandakan dengan simbol realiti terimbuh. Seterusnya kandungan video atau audio yang sesuai bagi aplikasi juga telah direkabentuk. Aplikasi i-MAAL turut mengandungi soalan pengukuhan dan pautan kepada portal E-Fiqh al-Muamalat. Pembangunan i-MAAL mendapat tajaan daripada Dana Scholarship of Teaching & Learning (SoTL). Ahli penyelidik terdiri daripada Prof. Madya. Dr. Nadhirah binti Nordin, Ts. Dr. Ismahafezi Bin Ismail, Mahadi Bin Mohammad, Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin Bin Engku Ali & Dr. Ahmad Faizol Ismail.