Web Site Fiqh al-Muamalat

https://e-fiqh-al-muamalat.com/


INOVASI DALAM PdP KURSUS FIQH AL-MUAMALAT









Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran kursus Fiqh al-Muamalat bermula dengan pembangunan portal E-Fiqh al-Muamalat. E-Fiqh al-Muamalat merupakan sebuah portal yang dibangunkan khusus untuk memuatkan perbahasan dalam fiqh muamalat sebagai rujukan bagi umat Islam, khususnya pelajar-pelajar di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Perbincangan dalam portal E-Fiqh al-Muamalat adalah berkaitan dengan hukum hakam yang berhubung dengan kegiatan dan tindak tanduk manusia sesama manusia seperti jual beli, sewaan, gadaian, pinjaman, hutang, upah, isu riba, kewangan Islam dan lain-lain. portal ini menjadi salah satu platform penting bagi menangani persoalan dan kemusykilan di kalangan masyarakat berkaitan status hukum bagi transaksi-transaksi dan produk-produk kewangan yang berada di pasaran. Pembangunan portal ini menjadi pemangkin kepada anjakan pemikiran umat Islam untuk mula beralih kepada produk kewangan yang patuh syariah. Kesedaran dan kefahaman yang jelas mengenai transaksi dan kontrak dalam kewangan Islam akan mengelakkan masyarakat Islam daripada terlibat dengan transaksi dan produk kewangan yang bercanggah dengan syarak. Portal ini turut memuatkan link kepada Facebook Fiqh al-Muamalat dan chatbox untuk memudahkan pengguna mengemukakan sebarang persoalan jika terdapat kemusykilan.



Web site




Click https://e-fiqh-al-muamalat.com/ link to open resource.