PROF. MADYA. DR ZAINAB MOHD SHAFIE
💕PENGENALAN DIRI💕
Hampir 17 tahun, saya menjadi seorang pendidik di UniSZA. Bergiat aktif sebagai ahli/panel/penasihat/penilai/pemeriksa kepada beberapa buah universiti awam dan swasta dalam pengajian kejururawatan, sering dijemput sebagai penceramah/panel konferen, seminar, forum dan bengkel dalam bidang kesihatan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pencapaian peringkat tertinggi adalah menjadi Pengerusi bagi Majlis Dekan Kejururawatan Malaysia (lantikan JPT) dari tahun 2017-2021 dan turut dilantik oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) sebagai Ahli Tetap LJM bagi tempoh 5 tahun, yang mana saya merupakan seorang wakil dari IPTA (2027-2022). Saya sangat aktif sebagai panel dan beberapa ahli jawatankuasa di peringkat Lembaga Jururawat Malaysia.
Dalam penyelidikan, saya terlibat sebagai panel penilai abstrak dan manuskrip bagi online jounal serta menjadi ahli mewakili fakulti di UHREC UniSZA bermula pada tahun 2018 hingga kini. Saya telah melahirkan graduan pasca siswazah seramai 3 pelajar di peringkat sarjana dan 2 orang pelajar di peringkat PhD selama tempoh 6 tahun selepas memperoleh PhD pada tahun 2017.
Dalam perkhidmatan komuniti, saya sangat berminat dan giat aktif mencurahkan khidmat semasa COVID-19, iaitu menjadi sukarelawan di Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu di UiTM Chendering dan di UMT serta menjadi sukarelawan tanpa bayaran di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Tertutup Kuala Nerus sebagai vaksinator selama 6 minggu. Selain itu, saya juga turut aktif menjadi pengarah program kesihatan wanita serta program komuniti bagi meningkatkan kesedaran kesihatan, menyampaikan ilmu pendidikan kesihatan. Juga terlibat dalam agensi dan industri kesihatan bagi pembangunan halatuju pelajar kejururawatan UniSZA.
Saya juga telah menjadi Ketua Pusat Pengajian Sains Kejururawatan (PPSK) di Fakulti Perubatan UniSZA selama 7 tahun dan alhamdullillah semasa tempoh ini saya dan sahabat di PPSK telah berjaya memperkenalkan program baru iaitu Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan pengambilan pertama pada Sesi Akademik 2021/2022. Pada 1 Jan 2024 saya telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Dekan (HEPA) bagi tempoh 2 tahun. Saya akan bersara wajib pada 3 Jun 2027, dengan tempoh perkhidmatan selama 33 tahun bagi penjawat awam Malaysia.