Penilaian / testimoni Pengajaran

Pendidikan yang bermula dari Pra Persekolaha hingga ke Universiti semuanya memelukan kaedah PdP yang menarik dan mesra pengguna. oleh itu, hasil inovasi dari pengkaji amat penting untuk diaplikasi atau diguna pakai oleh anak-anak pelajar ini. Inovasi yang telah dihasilkan akan diterap kepada pelajar untuk diguna dengan kemudahan yang ada. Mereka tidak rasa bosan dengan apa yang ada dalam jadual seharian mereka, disamping mereka bermain dan dapat ilmu. seperti inovasi i-Travelog, pelajar dapat ekses dengan hanya menekan botton play dan terus mereka dapat lihat video yang disediakan. demikian juga dengan e-Taranum. mereka boleh pilih jenis-jenis lagu yang hendak dipelajari. kalau i-QR Code pelajar dapat scan QR Code dan terus dapat mengetahui cerita tempat-tempat pilihan di Terengganu. ia lebih kepada kearifan negeri Terengganu. awal tahun lepas pihak Muzium berminat untuk mengabilnya sebagai contoh untuk kegunaan kearifan Terengganu. hingga sekaran ia masih dalam proses menjana sistem untuk dimuat naik dalam sistem dan untuk mendapatkan QR Code untuk ditampal dipapan tanda di seluruh negeri Terengganu.  


i

Inovasi yang terkini adalah i-Khat. Inovasi ini telah disusun mengikut bab yang bermula dengan pengenalan alat-alat tulis hingga kepada penganalan kepada jenis-jenis khat. setiap bab yang dimuatkan dengan QR code dan di penghujung ebook ini ada disediakan apps Zappar bagi membolehkan pelajar memilih video menarik untuk dipelajari. ebook ini akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada pelajar- palajar yang mengambil kokurikulum Penulisan Khat di UnisZA dan ianya boleh diketengahkan kepada pelajar di seluruh Universiti di Malaysia setelah keluar nanti.

z

Link ebook:

https://tinyurl.com/IIDEL2022-09032022






1. Penilaian Pengajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Pengajaran Mata pelajaran Universiti ini melibatkan seluruh pelajar tahun satu dan ia menjadi mata pelajaran wajib universiti. falasafah pengajaran adalah amat penting untuk diterapkan kepada pelajar yang masih mentah dan baru mengenal alam universiti. pelajaran ini perlu olah mengikut kursus dan kaedah methodologi yang berbeza-beza mengikut kursus. 

Pendidikan era abad 21 ia amat mencabar kerana ia bukan mengajar kaedah bersumuka sahaja tetapi ia juga menggunakan kaedah online. oleh itu, ia memerlukan seseorang pensyarah perlu mengetahui ilmu kaedah pengajran atas talian dengan baik supaya ia menjadi menarik dan minat pelajar untuk menuntut ilmu. 

cabaran mengajar atas talian ini merupakan satu cabaran yang amat ketara kerana pensyarah harus sentiasa memperbaharuai ilmu dan metod mengikut ilmu semasa. contoh kaedah menyediakan bahan pengajaran dan enovasi pengajaran dan lain-lain merupakan satu perkara yang wajib. 

cabaran ini dapat diatasi hanya dengan tenaga pengajar harus mencipta video-video yang berkaitan dengan pelajaran untuk ditonton semasa pengajaran online seperti mana yang saya telah adakan banyak pengembaraan di seluruh Asia Tenggara dan di banyak penjuru dunia sema-mata untuk mendapat bahan pengajaran bagi pelajaran. 

Jambatan Gantung paling Panjang di Asia Tenggara yang terletak di Jawa Tengah.


Jambatan kereta api maut di sempadan Thailand dan Burma 


semua contoh di atas merupakan kaedah pengajaran yang dapat dilihat dan dibayangkan oleh pelajar semasa mereka menghadiri kelasa dan ramai-ramai diatara mereka suka dengan kaedah ini.