Inovasi Pengajaran - Inovasi "Burst Finder"

burst

1. Pengenalan

Pada masa kini, pemantauan terhadap letusan radio dalam masa 24 jam setiap hari dan sepanjang tahun dengan menggunakan spektrometer di permukaan Bumi menjadi perkara yang penting kepada penyelidik suria untuk ramalan cuaca ruang angkasa pada masa depan. Selain itu, pembentukan letusan suria Jenis II, Jenis III dan Jenis IV berkaitan dengan suar suria yang cukup besar dan fenomena semburan jisim korona (CME) yang memberi kesan terhadap aktiviti manusia apabila zarah bertenaga tinggi bertembung dengan magnetosfera bumi. Sejak tahun 2002, spektrometer yang dikenali sebagai “Compound Astronomical Low-cost Low-frequency Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory”  (CALLISTO) diperkenalkan untuk pengumpulan data letusan radio yang berterusan dan spektrumnya dapat dicapai melalui website e-Callisto.org. Walau bagaimanapun, pengesanan dan pengelasan letusan radio suria dilakukan adalah secara manual. Proses pengesanan dan klasifikasi adalah rumit dan memerlukan masa yang lebih lama kerana setiap spektrum direkodkan setiap 15 minit di 144 stesen di seluruh dunia. Metodologi: Ciri-ciri teoretikal dan fizikal letusan radio Jenis II, Jenis III dan Jenis IV diselidiki dan diubahkan menggunakan bahasa yang boleh diprogramkan. Terdapat tiga peringkat utama yang terlibat dalam sistem automatik ini iaitu proses pencari-letusan, proses pengelas-letusan dan sistem pemantauan berasaskan web. Data spektrum tahun 2014 telah diuji oleh sistem automatik ini. Untuk analisis, hasil keputusan letusan dari pemerhatian secara manual dikumpulkan dan dibandingkan dengan hasil keputusan letusan secara automatik. Keputusan: Keputusan  daripada pencari-letusan secara automatik berjaya menunjukkan 88% dengan jayanya mengesan hampir semua jenis letusan. Sementara itu, sebanyak 38%, 52% dan 79% berjaya diklasifikasikan untuk letupan radio suria Jenis II, Jenis III dan Jenis IV masing-masing dapat dicapai. Kemudian, keputusannya dikategorikan dan disimpan dalam tiga fail utama iaitu fail ralat, fail tiada letusan dan fail letusan. Dalam fail letusan, sekali lagi letusan spektrum yang positif diklasifikasikan ke dalam empat sub-fail yang berbeza iaitu Jenis II, Jenis III, Jenis IV dan jenis lain. Hanya keputusan letusan suria yang positif dipaparkan di laman sesawang http://solar.myfik.net untuk pemantauan letusan suria. laman tersebut dibangunkan khas bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan di UniSZA. Ciri-ciri laman sesawang automatik ini direka supaya mesra pengguna, tidak rumit dan mudah difahami dengan menunjukkan lokasi letusan radio suria tertinggi pada peta dan butiran terperinci senarai keputusan letusan positif. Kesimpulan: Kesimpulannya, sistem pengawasan letusan radio suria automatik ini telah terbukti menjadi alat baru untuk pemantauan letusan suria CALLISTO dan dapat membantu bukan sahaja penyelidik tetapi pelajar-pelajar dalam menyiasat aktiviti bagi tujuan pengetahuan ilmu cuaca di ruang angkasa. Pelajar dapat mempelajari bagaimana fenomena cuaca di angkasa mempengaruhi bumi.