BIODATA SAYA

SEDIKIT CORETAN PERIBADI SAYA

SEDIKIT CORETAN PERIBADI SAYA

by DR. SHARIFFAH NURIDAH AISHAH SYED NONG MOHAMAD -
Number of replies: 0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

     Nama saya Dr. Shariffah Nuridah Aishah binti Syed Nong Mohamad. Umur sekarang 49 tahun dan berasal dari Kuala Terengganu.

      Saya memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 1998 di bawah pentadbiran Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Malah pensyarah merupakan kerjaya pertama saya dan insya Allah kerjaya terakhir saya. Saya meperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1995 dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Shariah)(Kepujian) pada tahun berikutnya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Setelah tamat belajar, saya mengikuti chambering selama 9 bulan di sebuah firma guaman di Kuala Terengganu iaitu Tetuan Zamani Mohamad & Co bagi melayakkan diri untuk diterima masuk sebagai peguamcara dan peguambela. Walau bagaimanapun, saya tidak beramal sebagai peguam tetapi memilih untuk berkhidmat di bidang akademik.

        Pada tahun 2004 saya memperolehi Ijazah Sarjana Undang-undang (LLM) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijalankan secara mod campuran dan disertasi di bawah penyeliaan PM Dr. Abdul Halim Al-Muhammady. Sepuluh tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2014 saya mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD di Universiti Malaya (UM). Setelah kira-kira 3 tahun 4 bulan, saya berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran dalam bidang undang-undang kanak-kanak, khususnya golongan kanak-kanak tidak terkawal. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya PM Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff di atas jasa beliau.

Sekian.