BIODATA SAYA

SELAMAT DATANG KE i-PORTFOLIO SAYA 

1


Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera,

     Saya Dr. Shariffah Nuridah Aishah binti Syed Nong Mohamad dan merupakan anak jati negeri Terengganu Darul Iman. 

      Saya memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 1998 di bawah pentadbiran Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Saya meperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1995 dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Shariah)(Kepujian) pada tahun berikutnya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Setelah tamat belajar, saya mengikuti latihan dalam kamar (chambering) selama 9 bulan di sebuah firma guaman terkemuka di Kuala Terengganu iaitu Tetuan Zamani Mohamad & Co bagi melayakkan diri untuk diterima masuk sebagai peguamcara dan peguambela. Walau bagaimanapun, saya tidak beramal sebagai peguam tetapi memilih untuk berkhidmat di bidang akademik.

  Pada tahun 2004, saya memperolehi Ijazah Sarjana Undang-undang (LLM) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijalankan secara mod campuran dan disertasi di bawah penyeliaan Prof Madya Dr. Abdul Halim Al-Muhammady. Sepuluh tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2014 saya mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD di Universiti Malaya (UM) di bawah penyeliaan Prof Madya Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff. Setelah 3 tahun 4 bulan, saya berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran dalam bidang undang-undang kanak-kanak, khususnya golongan kanak-kanak tidak terkawal. 

Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya pernah dilantik sebagai Penyelaras Program dan Ketua Pusat Pengajian Undang-undang. Kini saya diamanahkan sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) di Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. 


List of discussions. Showing 1 of 1 discussions
Status Discussion Started by Last post Descending Replies Actions
Picture of DR. SHARIFFAH NURIDAH AISHAH SYED NONG MOHAMAD
DR. SHARIFFAH NURIDAH AISHAH SYED NONG MOHAMAD
Picture of DR. SHARIFFAH NURIDAH AISHAH SYED NONG MOHAMAD
DR. SHARIFFAH NURIDAH AISHAH SYED NONG MOHAMAD
0