BIODATA

Dr. Razi Yaakob merupakan penyarah kanan di Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) ia juga dikenali sebagai Pusat Pengajian Teras (PPT), UniSZA. Beliau terlibat dalam bidang pendidikan selama 14 tahun. Pendidikan peringakat Sarjana muda di Punjab Universiti, Lahor, Pakistan dalam bidang Islamic Studies, peringkat Sarjana di Univesiti Malaya dalam bidan Sejarah dan Tamadun, kajian tentang tokoh agama di Terengganu dan seterusnya menyambung pelajaran Ph.D di UniSZA, kajian khusus tentang Tanah Wakaf, dengan tajuk Cabaran dan Penyelesaian Isu-isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang. Kajian ini terfokus kearah pembinaan tamadun masyarakat Melayu di Pulau Pinang berbanding etnik Cina di Pualau Pinang yang dilihat telah masuk era perpindah etnik Melayu keluar dari Pulau.  Kepakaran ini telah membawa beliau mengenali dan mengutip penalaman dalam bidang, disamping dapat kepercayaan untuk menjalankan kerjasama dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) khususnya dalam aspek kajian dan penyelidikan yang telah menerima surat perlantikan pada 4 Mac 2022. di samping itu juga beliau telah membentang kertas kerja samada dalam dan luar negara. Dengan kepercayaan sebagai penyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) beliau telah diberi amanah untuk menjadi ahli geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) kajian Model Pembangunan Perumahan Golongan B40 di Tanah Wakaf Melalui Kaedah Built, Operate, Transfer (B.O.T)., Model Pemerkasaan Komuniti Menangani Peyalahguna Dadah Dalam Kalangan Kana-kanak dan Remaja di Malay, Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Dadah dalam Kalangan Etnik Melayu Berbanding Etnik Cina, Penilain Golongan Belia Terhadap Pelaksanaan Program Kuliah Agama di Masjid-masjid Sekitar Kuala Terengganu,  Dapatnya geran ini maka  telah diberi amanah untuk menyelia pelajar Sarjana dan Ph.D. dalam bidang. Bidang yang kedua beliau adalah Kesenian Islam dan Kraf. banyak kajian yang telah dilakukan samada dibiayai atau persendirian, khususnya talah menjalankan RnD motif flora di seluruh negeri Terengganu dengan dana kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2011-2012. Kajian ini bertujuan untuk membina mushaf Terengganu oleh Institut Al-Quran Terengganu, Padang Midin, Terengganu dengan dana kerajaan negeri. Beliau juga telah belajar mencipta motif serta falsafah motif untuk menghias jidar al-Quran, dan juga telah tamat kursus jangka masa pendik tentang penerapan perada emas di atas kertas. Beliau juga boleh mengukir kayu (wood caving) khususnya hiasan khat dan flora (awan larat). dengan kepakaran ini beliau telah membentang kertas kerja di seminar samada didalam negara dan luar negara. banyak kajian yang telah dilakukan tentang manuskrip mushaf al-Quran di sekitar Asia Tenggara.  Sekarang beliau  sedang menghasilkan Arts Piece (hasil kerja seni halus) mushaf Terengganu serta perada emas untuk dibangunkan semula mushaf yang telah rosak. 

Tugas sebagai seorang pensyarah di FUPL telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Universiti seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perbandingan Agama, Moral dan Etika, Kenegaraan, Falsafah dan Isu Semasa dan Pengahayatan Etika dan Peradapan. Kesemua mata pelajaran ini telah diajar begilir-gilir mengikut semester dengan bilangan pelajar yang ramai. Hanya berbekalkan sedikit ilmu dan keikhlasan maka beliau mengalas tanggungjawab ini dengan penuh didikasi. 

Pengajaran dan Pembelajaran alaf baharu telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Pelajar makin bijak dan mereka amat dekat dengan gajet di alaf 2020. Oleh itu, pendidikan dan pembelajaran harus sejajar dengan kehendak pelajar masa kini. Dengan usaha untuk menumpahkan ilmu kepada palajar beliau sangat berminat untuk menyertai enovasi pendidikan. setiap enovasi yang telah disertai talah mendapat pingat samada gangsa, perak dan emas. Disamping dapat berkolaberasi dengan pendidik luar dari UniSZA. Inovasi yang telah disertai seperti e-Travelog, e-Tarannum, e-Khat dan i-QR code dan lain-lain. Disamping enovasi untuk pertandingan di seminar. Enovasi beliau juga telah berusaha untuk mencipta sendiri vlog pengajaran setiap sesi pengajaran dan setiap bab dalam pelajaran yanng diajar untuk dimuat naikan dalam sistem untuk kemudah pelajar. Menyahot semangat pembelajaran with soul maka,  satu lagi enovasi yang tidak dapat dilupakan adalah sesi Pecah minda 5-10 minit sebelum masuk bab pengajaran. Dengan kaedah ini menarik pelajar-pelajar ingin menyertai kelas dan semangat untuk mendalami ilmu. 

Keseluruhan apa yang dilakukan adalah untuk melihat kesejahteraan ilmu pengetahuan kepada generasi muda demi menjadi pelapis masa depan tamadun Melayu. Pendidikan yang membina dapat membentuk generasi harmoni dan membina negara bangsa yang sejahtera. Harapan semoga dengan bekalan ilmu yang Allah kurniakan ini semoga dapat membentuk insah sejahtera dan kuat patuh kepada agama. tapan ilmu dan amal, tamadun akan  jatuh.    

(There are no discussion topics yet in this forum)