General


Assalamulaikum wbt & Selamat Datang ke i-Portfolio Saya

"Merungkai misteri dan rahsia keajaiban alam semesta adalah kunci bagi segala ilmu. Memahaminya akan membantu membina peradaban insani, mengembangkan ilmu dan teknologi dengan berpaksikan ruh islami" - Roslan Umar


roslan

Berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) , UniSZA. Pada masa yang sama merupakan Pengarah/Felo di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin. Bidang beliau ialah Astronomi (Falak), Astronomi optik dan astronomi radio serta elektromagnet bumi dan angkasa. Berpengalaman dalam Pengajaran dan Pembelajaran (19 tahun) mengajar beberapa subjek astronomi, metodologi, asas keusahawanan dan fiizik bagi pelajar asasi UniSZA. Falak atau astronomi merupakan bidang utama beliau, subjek yang pernah diajar seperti Pengantar Ilmu Falak, Pengurusan Falak di Malaysia, Asas-Asas Takwim, Kosmologi Perbandingan, Fizik dan Metodologi Penyelidikan. Beliau menggunakan Balai Cerap KUSZA di Merang Setiu, sebagai lokasi untuk pelajar UniSZA untuk memahami secara teori dan praktikal (hands on) tentang ilmu Falak atau astronomi. Telah mengajar selama 17 tahun sejak 2005 di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ketika itu dan sekarang  dikenali sebagai UniSZA. Minat dalam Inovasi  telah menghasilkan lebih 70 produk inovasi dan 30 harta intelek. Inovasi telah diaplikasikan dalam pengajaran dan penyelidikan (PDP) beliau, hasilnya pelbagai inovasi dalam pengajaran dan penyelidikan telah berjaya dicipta. Antara produk yang telah dihasilkan ialah, produk bermainan berpapan hibrid iaitu Kembara Alam Hartawan Falak (AL-KAHF), produk yang diintegerasikan dengan teknologi AR ini telah digunakan sebagai alat bantu mengajar (ABM) pada peringkat diploma dan ijazah dan kini telah berjaya berada dalam pasaran. Beliau merupakan ketua editor Jurnal Islamik Kontemporari (JIMK) dan Editor bahagian Malaysian Journal Applied Science (MYJAS) UNISZA. Beliau banyak memenangi medal emas dan anugerah khas dalam bidang Inovasi dan pengajaran dalam dan luar negara seperti UniSEL, UICEL, MPI, ITEX, IPITEX, MTE, PECIPTA dan SIFF. Aktif dalam Penyelidikan dengan memperolehi lebih daripada 30 geran penyelidikan. Pelbagai Geran penyelidikan dalam pembangunan pengajaran permainan pengajian Islam, sains dan astronomi (Industri, DPU,Pre-COMP, RACE, FRGS) dari dalam dan luar negara. Koloberasi luar dalam kajian Waktu Haram Solat dalam Perspektif Astronomi bersama penyelidik USM di bawah geran Pejabat Mufti Pulau Pinang, Geran MAIDAM, geran MAINS dan geran JAKIM, UM dan UITM kajian Fajar tentang Penilaian Semula Waktu solat subuh dan kajian ini telah membawa kepada garis panduan fatwa penambahan 8 minit waktu solat subuh bagi negeri-negeri dalam Malaysia kecuali negeri Kelantan 4 minit. Koloberasi luar negara seperti Universiti Kyushu dalam kajian pengumpulan data-data magnet bumi (MAGDAS) bagim tujuan medan magnet di ruang angkasa lepas. Juga aktif dalam penerbitan berindex (scopus/ISI),  serta telah menulis 2 buah buku dan 8 bab dalam buku. Aktif dalam persatuan dan program universiti dan komuniti astronomi di Malaysia. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa falak negeri Terengganu, ahli Persatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), ahli Persatuan perlindungan radiasi Malaysia (MARPA) dan ahli Institut Fizik Malaysia (IFM) dan pada tahun 2021 menjadi salah seorang daripada 21 ahli astronomi negara. Beliau kini menjadi penilai MyRA Kementerian Pengajian Tinggi dan Penilai Geran Kementerian Pengajian Tinggi. Sentiasa mempraktikan inovasi di dalam pengajaran sehingga terhasil satu alat bantu mengajar yang dikenali sebgai AL-KAHF. Beliau telah memenagi pelbagai anugerah di peringkat fakulti, universiti, national dan anatarabangsa telah dimenangi. Antara anugerah atau kejayaan beliau ialah telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Fakulti, Anugerah Inovasi Fakulti, Anugerah Pengajaran Universiti, Anugerah Penyelidikan Geran Terbaik, Anugerah Penerbitan Terbaik, Anugerah Inovasi Universiti, Anugerah Khas MPI dan Anugerah Khas ITEX.


List of discussions. Showing 1 of 1 discussions
Status Discussion Started by Last post Descending Replies Actions
Picture of Roslan Umar
Roslan Umar
Picture of Roslan Umar
Roslan Umar
0