SELAMAT DATANG

Professor Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi adalah anak jati kelahiran Terengganu. Beliau berkelulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pada tahun 1992, Master of Islamic Revealed Knowledge, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1998 dan Ph.D pengkhususan Kajian Ajaran Salah daripada Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2006.  Beliau menimba pengalaman sebagai pendidik dengan memulakan kerjaya sebagai guru agama di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Terengganu (1992-1993). Seterusnya beliau memikul tugas sebagai pensyarah di KUSZA bermula dari tahun 1993, dilantik sebagai Ketua Program Usuluddin dari tahun (1998-2001), Ketua Program Diploma Lanjutan Pengajian Islam (2005-2006), dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam KUSZA pada tahun 2006. Sejak tahun 2007 hingga 2011, beliau diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Kemudian beliau dilantik sebagai Dekan fakulti bermula tahun Januari 2012 hingga Januari 2014. Beliau kini adalah Pensyarah sepenuh masa dan Professor di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Sehingga kini beliau menghasilkan 20 buah buku, 20 bab dalam buku, 30 artikel jurnal berindeks dan lebih 600 artikel dalam media arus perdana. Antara buku yang telah diterbitkan ialah Ajaran Sesat di Negeri Terengganu, Akidah Islam dan Pemahaman Umat Sepanjang Zaman, Aku Nikah Akan Dikau, Sirah-sirah Bulan Hijrah, Isu Akidah dan Sosial Masyarakat Islam dan lain-lain lagi. Terkini belaiu dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam bermula 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2022.

ews and announcements
(No announcements have been posted yet.)