Hampir 17 tahun, saya menjadi seorang pendidik di UniSZA. Bergiat aktif sebagai ahli/panel/penasihat/penilai/pemeriksa kepada beberapa buah universiti awam dan swasta dalam pengajian kejururawatan, sering dijemput sebagai penceramah/panel konferen, seminar, forum dan bengkel dalam bidang kesihatan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pencapaian peringkat tertinggi adalah menjadi Pengerusi bagi Majlis Dekan Kejururawatan Malaysia (lantikan JPT) dari tahun 2017-2021 dan turut dilantik oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) sebagai Ahli Tetap LJM bagi tempoh 5 tahun, yang mana saya merupakan seorang wakil dari IPTA (2027-2022). Saya sangat aktif sebagai panel dan beberapa ahli jawatankuasa di
peringkat Lembaga Jururawat Malaysia.
Dalam
penyelidikan, saya terlibat sebagai panel penilai abstrak dan manuskrip
bagi online jounal serta menjadi ahli mewakili fakulti di UHREC UniSZA bermula pada tahun 2018 hingga kini. Saya telah melahirkan graduan pasca siswazah seramai 3 pelajar di peringkat sarjana dan 2 orang pelajar di peringkat PhD selama tempoh 6 tahun selepas memperoleh PhD pada tahun 2017.
Dalam
perkhidmatan komuniti, saya sangat berminat dan giat aktif mencurahkan khidmat semasa COVID-19, iaitu menjadi
sukarelawan di Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu di UiTM Chendering
dan di UMT serta menjadi sukarelawan tanpa bayaran di Pusat
Pemberian Vaksin di Stadium Tertutup Kuala Nerus sebagai vaksinator selama 6 minggu. Selain itu,
saya juga turut aktif menjadi pengarah program kesihatan wanita serta program komuniti bagi meningkatkan kesedaran kesihatan, menyampaikan ilmu pendidikan kesihatan. Juga terlibat dalam agensi dan industri kesihatan bagi
pembangunan halatuju pelajar kejururawatan UniSZA.
Saya juga telah menjadi Ketua Pusat Pengajian Sains Kejururawatan (PPSK) di Fakulti Perubatan UniSZA selama 7 tahun dan alhamdullillah semasa tempoh ini saya dan sahabat di PPSK telah berjaya memperkenalkan program baru iaitu Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan pengambilan pertama pada Sesi Akademik 2021/2022. Pada 1 Jan 2024 saya telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Dekan (HEPA) bagi tempoh 2 tahun. Saya akan bersara wajib pada 3 Jun 2027, dengan tempoh perkhidmatan selama 33 tahun bagi penjawat awam Malaysia.
PROF. MADYA DR. ZAINAB BINTI HJ MOHD SHAFIE FAKULTI PERUBATAN UniSZA@1995-11-16
Academic Background
PHD IN MATERNAL CHILD HEALTH (LABOUR PAIN, ANXIETY & CHILDBIRTH), Universiti Sains Malaysia,
2017.
GRADUATE CERTIFICATE IN NURSING (NURSE EDUCATION), University Of South Australia, Adelaide,
2011.
SARJANA KEJURURAWATAN(KESIHATAN WANITA), Universiti Teknologi Mara, Cawangan Shah Alam,
2011.
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN, Universiti Malaya,
2007.
DIPLOMA LANJUTAN PERBIDANAN, Kolej Kejururawatan Kuala Lumpur,
2000.
DIPLOMA KEJURURAWATAN, Kolej Kejururawatan Kuala Lumpur,
1995.
Positions
Timbalan Dekan (Hal Elwal Pelajar & Alumni), Fakulti Perubatan
01 Jan 2024
31 Dec 2025
Ketua Pusat Pengajian (Sains Kejururawatan), Fakulti Perubatan
16 Sep 2022
15 Sep 2023
Ketua Pusat Pengajian (Ketua Pusat Pengajian Sains Kejururawatan), Fakulti Perubatan
16 Sep 2021
15 Sep 2022
Ketua Pusat Pengajian (Kejururawatan), Fakulti Perubatan
01 Aug 2019
31 Jul 2021
Ketua Pusat Pengajian (Ketua Pusat Pengajian Sains Kejururawatan), Fakulti Perubatan
01 Aug 2018
31 Jul 2019
Ketua Pusat Pengajian (Sains Kejururawatan ), Fakulti Perubatan