Tentang Diri

Saya merupakan seorang pensyarah di Fakulti Perubatan di bawah Pusat Pengajian Sains Asas Perubatan. Sehingga kini, saya telah diberikan amanah untuk mengajar Subjek Pharmacology untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) untuk fasa pra-klinikal (iaitu melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2). Bermula dari tahun 2022, saya juga telah diberikan amanah untuk mengajar Subjek Pharmacology for Health Care Professional untuk Pelajar Tahun 2 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (BNS) dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sains Kesihatan (BMHS). Penglibatan saya dalam dunia akademik masih baru dan kini menjangkau usia 8 tahun. Meskipun masih baru dalam bidang Pendidikan, tidak dinafikan terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah saya timba sepanjang bergelar seorang pensyarah. Portfolio pengajaran ini melakarkan sejarah perjalanan kerjaya saya sebagai pensyarah di tanah Abidin (UniSZA). Selamat datang ke teratak pengajaran saya!

(No announcements have been posted yet.)