PENDIDIKAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Bahasa Arab di Malaysia mula dikenali sejak datangnya Islam di semenanjung Tanah Melayu. Bahasa Arab dipelajari demi memahami agama Islam menerusi sumber wahyu al-Quran dan al-Hadith. Pembelajaran dan pengajaran bahasa ini masih berjalan sehingga hari ini kerana minat mendalam masyarakat tempatan menekuni agama Islam dan memperbaiki amalan ibadah serta keinginan berkomunikasi dengan masyarakat Arab. Bahasa ini berbeza dengan bahasa lain di dunia kerana ia dipilih sebagai bahasa wahyu dari ilahi dan mempelajarinya adalah satu ibadah dan menjadi fardu kifayah. Barangsiapa yang menekuni bahasa Arab dan membacanya dengan baik ketika membaca al-Quran maka ganjaran dan pahala buatnya di sisi Allah. Ia bukan sekadar bahasa tetapi satu terapi jiwa bagi yang menekuni bahasa ini dari pelbagai aspek fonologi, sintaksis, morfologi, leksikografi dan balaghah.

(No announcements have been posted yet.)