PHM10502 LAWATAN KE FASILITI FARMASI

Lawatan pelajar Tahun 1 dibawah kursus PHM10502 Fundamental of Pharmacy Practice ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Ain Medicare, dan Superbig Pharmacy telah dianjurkan sebagai satu inisiatif pendedahan awal kepada dunia kerjaya dalam bidang farmasi. Program ini bertujuan untuk memberi gambaran sebenar kepada para pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab ahli farmasi dalam pelbagai sektor, termasuk hospital, industri farmaseutikal, dan farmasi komuniti. Melalui lawatan ini, pelajar berpeluang melihat sendiri operasi harian di fasiliti berkaitan, berinteraksi dengan ahli farmasi profesional, serta memahami kepelbagaian laluan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang ini. Aktiviti ini juga diharap dapat membina minat, motivasi dan kefahaman pelajar terhadap prospek kerjaya sebagai ahli farmasi sejak awal pengajian mereka.