Perkongsian Ilmu dan Amalan Pengajaran

Bagi menyokong kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), saya aktif melibatkan diri dalam perkongsian ilmu, memperoleh pengiktirafan profesional, dan memegang peranan kepimpinan dalam beberapa komuniti akademik peringkat nasional dan antarabangsa. Penglibatan ini bukan sahaja memperkukuhkan amalan PdP, malah menyumbang kepada pembangunan ekosistem pendidikan yang dinamik dan berimpak.
Saya komited dalam menyebarluaskan amalan terbaik PdP di pelbagai peringkat melalui pelbagai medium dan platform:
a) Media Sosial dan Platform Digital
Saya memanfaatkan media sosial seperti YouTube, blog akademik, dan Facebook sebagai saluran perkongsian ilmu secara terbuka. Kandungan yang dikongsikan merangkumi video pengajaran, kupasan topik kursus, tip pembelajaran, serta refleksi pedagogi. Pendekatan ini membantu memperluas capaian ilmu kepada pelajar, rakan akademik, dan masyarakat umum secara lebih inklusif dan fleksibel.




Perkongsian Ilmu Dan Maklumat Dalam Platform Facebook

Perkongsian Ilmu Dan Maklumat Dalam Blog "Raudhah Al-'Ilm"
Perkongsian Ilmu Bahasa Arab Dalam Slot "Al-'Arabiyyah Fi Al-Radio" Siaran Radio Terengganu.fm
b) Bengkel dan Seminar
Saya terlibat sebagai peserta, pembentang, dan penganjur dalam bengkel serta seminar berkaitan PdP di peringkat universiti, kebangsaan, dan antarabangsa. Melalui platform ini, saya berkongsi pengalaman pengajaran, pendekatan inovatif, serta dapatan kajian berkaitan pedagogi dan penyeliaan akademik.

Pembentang Kertas Kerja "Penelitian Terhadap Keperluan Pembelajaran Bahasa Arab
Peringkat Asas Oleh Pelajar Bukan Muslim"
International Seminar on Language Teaching ISeLT 2024, UKM

Pembentang Kertas Kerja "Kisah Nabi Musa A.S. Untuk Bacaan Kanak-Kanak:
Satu Penelitian Terhadap Karya Al-Nadwi Dan Beberapa Karya Tempatan"
International Conference on Languages and Communication (ICLC 2024), UniSZA

Pembentang Kertas Kerja "Kisah Nabi Nuh a.s. Untuk Bacaan Kanak-Kanak:
Satu Penelitian Terhadap Karya Al-Nadwi Dan Beberapa Karya Tempatan"
Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS 2023), UUM

Pembentang Kertas Kerja "Kisah Nabi Yunus a.s. Untuk Bacaan Kanak-Kanak:
Satu Penelitian Terhadap Karya Al-Nadwi dan Beberapa Karya Tempatan"
International Conference on Malay, Arabic And English Literature (ICMAEL 2022) UniSZA

Pembentang Kertas Kerja "Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Karya Sastera Al-Nadwi
Berjudul Kisah Para Nabi Untuk Kanak-Kanak"
International Conference of Research on Language Education (IRoLE 2021), UiTM

Pembentang Kertas Kerja "Penekanan Terhadap Uswah Hasanah Dalam Pendidikan Kanak-Kanak
Menerusi Karya Kisah Para Nabi Oleh Al-Nadwi"
Seminar Sastera Kanak-Kanak Dan Remaja Kali Ke-10, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

Pembentang Kertas Kerja "Pemaparan Nilai Murni Berdasarkan Kisah Kehidupan Rasulullah
Untuk Kanak-Kanak Dalam Karya Al-Nadwi"
The 3rd International Conference on Language Studies, UNIMAS
c) Komuniti Pembelajaran (Special Interest Group)
Penglibatan dalam komuniti pembelajaran seperti Special Interest Group (SIG) membolehkan saya berkolaborasi dengan rakan akademik dalam bidang yang sama. Perkongsian idea, amalan terbaik, dan penyelesaian terhadap cabaran PdP dilaksanakan secara berkala, seterusnya memperkukuh jaringan profesional dan pembangunan kepakaran. Saya menyertai dua kumpulan Whatsapp melibatkan ahli Liga Kesusasteraan Islam Sedunia, dan ahli pensyarah universiti awam melibatkan bidang Kesusasteraan Arab. Menerusi penglibatan dalam dua kumpulan ini, banyak input terkini yang diperoleh, di samping membuka ruang kerjasama dan kolaborasi dengan pakar bidang sama ada dari dalam mahupun luar negara.


Penglibatan Dalam Komuniti Special Interest Group (SIG) Bidang Kesusasteraan
d) Modul Pembelajaran dan Buku Teks
Saya membangunkan modul PdP dan terlibat dalam penulisan buku teks yang digunakan sebagai rujukan dalam kursus yang diajar. Bahan ini disusun secara sistematik berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan keperluan pelajar, sekali gus menyokong pembelajaran kendiri dan pemahaman yang lebih mendalam. Terdapat dua buah buku modul pembelajaran Bahasa Arab telah berjaya diterbitkan oleh Penerbit UniSZA.

Modul Pembelajaran Bahasa Arab "Al-Itqan Fi Ta'allum Lughah Al-Qur'an"

Modul Pembelajaran Bahasa Arab "Al-Mufid Fi Ta'allum Al-Lughah Al-'Arabiyyah"
Selain daripada berjaya menerbitkan modul pembelajaran Bahasa Arab untuk kegunaan pelajar di UniSZA, saya juga telah berjaya menghasilkan buku teks untuk kegunaan pelajar sekolah peringkat menengah. Buku teks terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini yang diberi judul "Al-Lughah Al-'Arabiyyah Al-Mu'asirah" digunakan untuk pelajar sekolah menengah tingkatan lima yang mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) iaitu kurikulum bersepadu yang menggabungkan aliran agama (Azhari) dengan kurikulum kebangsaan, dilaksanakan di SABK, SMAN, dan sekolah agama rakyat.


Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Lima "Al-Lughah Al-'Arabiyyah Al-Mu'asirah"
e) Penerbitan Berwasit
Saya aktif menerbitkan artikel dalam jurnal berwasit yang membincangkan aspek pedagogi, bahasa, dan pendidikan. Penerbitan ini menyumbang kepada perkembangan ilmu serta menjadi rujukan kepada komuniti akademik dalam mempertingkatkan amalan PdP.

Pembelajaran Bahasa Arab oleh Pelajar Bukan Muslim Menerusi Penggunaan Transliterasi Arab-Rumi
International Journal of Islamic and Civilizational Studies (UMRAN)

Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio: Analisis Awal Pendengar
Jurnal Sains Humanika

Penambahbaikan Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio Melalui Penggunaan Live Video Dalam Facebook
Jurnal Kesidang

Elemen Nilai Dalam Teks Sastera Kisah Para Nabi Untuk Bacaan Kanak-Kanak
Menurut Perspektif Al-Nadwi
International Journal of Language Education and Applied Linguistics

Tasawur Sastera Kanak-Kanak Islami Menurut Perspektif Al-Nadwi
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari

Sumbangan al-Nadwi Terhadap Perkembangan Sastera Islam
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences

Analisis Respons Pelajar Terhadap Reka Bentuk Laman E-Pembelajaran Bahasa Arab
Melalui Ez-Arabic.net Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS)

Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah
Jurnal MANU

Tinjauan Persepsi Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Ibadah Sebagai Satu Keperluan
Bagi Masyarakat Muslim Awam Di Malaysia
The Asia Pacific Journal of Educators and Education

Pendekatan Dakwah Untuk Kanak-Kanak Menerusi Qasas Al-Nabiyyin Menurut Abu Al-Hasan ‘Ali Al-Nadwi
Jurnal YADIM: International Journal of Islam and Contemporary Affairs
f) Geran Penyelidikan
Penerimaan geran penyelidikan berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), khususnya Scholarship of Teaching and Learning (SoTL), merupakan satu pengiktirafan penting terhadap komitmen dalam memperkukuh kualiti pendidikan tinggi melalui penyelidikan berasaskan amalan pedagogi. Penglibatan dalam geran seperti ini membolehkan saya melaksanakan kajian secara sistematik terhadap amalan pengajaran, penyeliaan, dan penilaian, dengan tujuan meningkatkan keberkesanan PdP serta pengalaman pembelajaran pelajar. Melalui geran SoTL, kajian yang dijalankan memberi tumpuan kepada penambahbaikan pedagogi, inovasi pengajaran, integrasi teknologi pendidikan, pentaksiran autentik, pembangunan bahan pembelajaran, serta pengukuhan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan ini membolehkan isu-isu PdP dikenal pasti secara empirikal dan dianalisis menggunakan kaedah penyelidikan yang sesuai, seterusnya menghasilkan intervensi yang lebih berkesan dan berasaskan bukti (evidence-based practice).

Penerima Geran SoTL Bagi Tahun 2025 Peringkat UniSZA

Penerima Geran Dana Penyelidikan Universiti (DPU 1.0) Bagi Tahun 2022 Peringkat UniSZA
Selain itu, saya bersama ahli kumpulan penyelidikan berjaya memperoleh Gelan Luar melibatkan PdP Pidato Dan Debat Arab, dan juga geran daripada The International Institute of Islamic Thought (IIIT) berkenaan Kesusasteraan Arab.

Ahli Kumpulan Penyelidikan Geran Jamalullail Research Grant Scheme (JRGS)

Ahli Kumpulan Penyelidikan Geran The International Institute of Islamic Thought (IIIT)
g) Kursus Dalam Talian (MOOCs dan Micro-credential)
Saya terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan kursus dalam talian termasuk MOOCs dan program micro-credential. Kursus ini direka bagi memenuhi keperluan pembelajaran fleksibel serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.

h) Lantikan Penilai Jurnal Akademik
Lantikan sebagai penilai artikel bagi jurnal akademik antarabangsa di dalam dan luar negara merupakan satu bentuk pengiktirafan profesional yang signifikan terhadap kepakaran dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Penglibatan sebagai penilai jurnal bukan sahaja menyumbang kepada pemerkasaan budaya penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang berkualiti, malah menjadi medium penting dalam usaha menyampaikan dan memperkembangkan ilmu dalam dunia akademik di peringkat global. Melalui proses penilaian ilmiah (peer review), pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dapat dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan standard penulisan akademik serta memastikan penerbitan yang dihasilkan memenuhi etika dan standard penyelidikan antarabangsa. Selain itu, penglibatan ini turut memperkukuh jaringan akademik antarabangsa, meningkatkan keternampakan (visibility) kepakaran di peringkat global, serta mengharumkan nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai institusi yang aktif menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kecemerlangan akademik.

Lantikan Penilai Artikel Jurnal 3L-Language Linguistics Literature, UKM (SCOPUS)

Lantikan Penilai Artikel Jurnal Issues in Language Studies, UNIMAS (SCOPUS)

Lantikan Penilai Artikel Jurnal QURANICA: International Journal of Quranic Research, UM (SCOPUS)

Lantikan International Advisory Board Jurnal Arabiyat: Journal of Arabic Education & Arabic Studies, Indonesia

Lantikan Penilai Jurnal ARABI: Journal of Arabic Studies, Indonesia


Lantikan Penilai Jurnal DIWAN: Jurnal Bahasa & Sastra Arab, Indonesia

Lantikan Penilai Jurnal LAHJAH ARABIYYAH: Jurnal Bahasa Arab & Pendidikan Bahasa Arab, Indonesia

Lantikan Penilai Jurnal JAZIRAH: Jurnal Peradaban dan Kebudayaan

Sijil Penghargaan Penilai Artikel Jurnal SIBAWAYH: Journal of Arabic Language & Education, UPSI Sijil Penghargaan Penilai Artikel Asian Journal of Language, Literature and Cultural Studies
i) Bahan Sokongan Lain
Selain itu, saya turut menghasilkan pelbagai bahan sokongan seperti video pembelajaran, infografik, bank soalan, dan panduan akademik yang membantu meningkatkan keberkesanan PdP serta kefahaman pelajar. Begitu juga dengan perkongsian pandangan tentang isu-isu berkenaan Bahasa dan Kesusasteraan Arab yang disiarkan dalam akhbar tempatan.

Perkongsian Idea Berkenaan Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Disiarkan Dalam Akhbar Berita Harian

Perkongsian Idea Berkenaan Keadilan Sosial Disiarkan Dalam Akhbar Harian Metro