Kepimpinan dalam Komuniti Akademik

Saya turut memainkan peranan kepimpinan dalam pelbagai peringkat organisasi akademik yang berkaitan dengan PdP:
a) Peringkat Fakulti dan Universiti
Saya dilantik sebagai pengerusi atau ahli jawatankuasa dalam unit berkaitan pengajaran dan pembelajaran, pembangunan kurikulum, serta jaminan kualiti akademik. Peranan ini melibatkan perancangan strategi PdP, penambahbaikan kurikulum, serta pelaksanaan inisiatif inovasi pendidikan.
- Ketua Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi


Pelantikan Sebagai Ketua Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi
Mulai 16 September 2025 Hingga 15 September 2027

Senarai Ketua Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, UniSZA
Antara usaha yang dilakukan pada tahun ini ialah mengurus mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA bagi menduduki ‘Hamza Test’ yang berlangsung pada 13-14 Januari 2026. Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh King Salman Global Academy For Arabic Language berpusat di Riyadh, Arab Saudi. Seramai 91 orang mahasiswa tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) telah terlibat dalam ‘Hamza Test’ yang dilakukan secara dalam talian.
‘Hamza Test’ merupakan ujian kemahiran bahasa Arab standard yang
dihasilkan untuk mengukur tahap kefasihan dalam bahasa Arab bagi orang yang
bukan penutur asli, sama seperti IELTS atau TOEFL tetapi untuk bahasa Arab. Ujian ini mensasarkan empat kemahiran bahasa
utama iaitu mendengar, membaca, menulis, dan bertutur.
Pemilihan UniSZA sebagai sebuah pusat pelaksanaan ‘Hamza Test’ telah
dipersetujui dalam satu mesyuarat bersama pihak King Salman Global Academy for
Arabic Language pada 27 November 2025 di Saudi Cultural Mission, Kedutaan Arab
Saudi, Kuala Lumpur.

Delegasi UniSZA Diketuai Pro Canselor UniSZA YM Tunku
Dato' Nooruddin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin
Di Kedutaan Arab Saudi Bagi Membincangkan Pelaksanaan 'Hamza Test' Di UniSZA

Sijil Pengiktirafan Atas Usaha Kerjasama Dengan King Saalman Global Academy For Arabic Language


Pelaksanaan 'Hamza Test' Di UniSZA Pada 13-14 Januari 2026

Makluman Pelaksanaan 'Hamza Test' Di UniSZA Dalam Medium Rasmi
King Salman Global Academy For Arabic Language, Riyadh, Arab Saudi
- Penyelaras Program Pesisir, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi

Pelantikan Sebagai Penyelaras Program Pesisir, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi
Mulai 16 Oktober 2021 Hingga 15 Oktober 2023
Antara kejayaan saya semasa menggalas jawatan sebagai Penyelaras Program Pesisir, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi ialah mengurus seramai 16 orang pelajar dari Republik Mauritius yang berjaya memperoleh Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) menerusi program pesisir. Usaha ini merupakan satu kejayaan bukan sahaja buat Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, tetapi juga Universiti Sultan Zainal Abidin secara amnya. Saya mengendali semua urusan PdP pelajar sepanjang pengajian mereka, sehingga mendapat maklum balas positif semasa proses pengauditan PdP yang dijalankan bagi memastikan program pesisir ini berjalan dengan baik.


Sebahagian Daripada 16 Orang Pelajar Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab UniSZA-Mauritius


Seorang Graduan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) Menerusi
Program Pesisir UniSZA-Mauritius Hadir Di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-15

Senarai Amalan Baik Dinyatakan Oleh Auditor Semasa Audit PdP Program Pesisir FBK
Selain itu, saya juga terlibat sebagai ahli dalam beberapa jawatankuasa peringkat fakulti melibatkan hal ehwal akademik, antaranya:

Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, UniSZA

Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kualiti Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, UniSZA

Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, UniSZA
b) Peringkat Negeri/Kebangsaan
Saya terlibat dalam persatuan akademik dan jaringan profesional di peringkat kebangsaan yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan dan bahasa. Penglibatan ini membolehkan perkongsian kepakaran serta penyelarasan amalan terbaik antara institusi.
Antaranya, saya terlibat sebagai kolumnis dalam majalah terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka seperti Majalah Dewan Tamadun Islam, dan Majalah Dewan Sastera.



Dewan Tamadun Islam Mac 2026 "Perunding Cerai: Mengurus Luka atau Menormalisasikan Perpisahan"


Dewan Tamadun Islam Ogos 2025 "Semarak At-Ta'awun Dalam Kehidupan Bernegara"
Pada peringkat negeri, saya terlibat anggota panel Jawatankuasa Penyemakan Dan Penilaian Khutbah Negeri Terengganu, di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Sejak 2024 menganggotai jawatankuasa ini, banyak perkara yang dipelajari serta dapat menyumbang idea khususnya bagi memperkasakan pendidikan menerusi tajuk-tajuk khutbah bagi bacaan di seluruh negeri Terengganu Darul Iman.



Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan Dan Penilaian Khutbah Negeri Terengganu
Di peringkat negeri juga, saya menerima tauliah mengajar yang melayakkan saya untuk mengajar di masjid dan surau dalam negeri Terengganu Darul Iman. Proses untuk mendapatkan tauliah melalui proses temu duga yang dipengerusikan sendiri oleh Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu serta barisan ahli panel dalam pelbagai bidang meliputi akidah, syariah dan tasawuf.

Tauliah Mengajar Negeri Terengganu Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Terengganu
Selain itu, saya juga diberi amanah sebagai Penasihat Persatuan Anak Negeri Johor Darul Takzim (PADU) di UniSZA. Peluang ini digunakan sebaiknya untuk memberi bantuan sokongan terhadap kemenjadian mahasiswa dengan menjadi penasihat dan pemudah cara dalam pelaksanaan aktiviti luar kuliah yang bermanfaat.


Penasihat Persatuan Anak Negeri Johor Darul Takzim (PADU) di UniSZA
c) Peringkat Antarabangsa
Saya juga terlibat dalam kolaborasi akademik antarabangsa melalui seminar, penerbitan bersama, dan jaringan penyelidikan. Peranan ini membantu memperluas perspektif global dalam PdP serta meningkatkan keterlihatan institusi di peringkat antarabangsa.
- Timbalan Setiausaha, Jawatankuasa Pusat Liga Kesusasteraan Islam Antarabangsa Malaysia


Pelantikan Sebagai Timbalan Setiausaha
Jawatankuasa Pusat Liga Kesusasteraan Islam Antarabangsa Malaysia
Selain itu, di peringkat antarabangsa, saya terlibat sebagai ahli dalam Al-Ittihad Al-Dawli Li Al-Lughah Al-Arabiyyah (The International Union of Arabic Language). Pertubuhan yang mengumpulkan sejumlah besar ahli akademik bidang Bahasa Dan Kesusasteraan Islam peringkat antarabangsa ini membuka ruang yang luas untuk mengadakan kerjasama akademik bersama para sarjana dalam bidang, selain memperoleh banyak manfaat daripada program dan pengalaman mereka.

Sijil Rasmi Keanggotaan Dalam The International Union of Arabic Language
Secara keseluruhannya, penglibatan aktif dalam perkongsian ilmu, pengiktirafan profesional, dan kepimpinan akademik ini mencerminkan komitmen berterusan saya dalam memperkasa kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Usaha ini selari dengan matlamat melahirkan ekosistem pendidikan yang cemerlang, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.

Kejayaan Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Dalam Bidang Kesusasteraan Arab