2. Pembangunan Profesional dalam Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian

Saya komited terhadap pembangunan profesional secara berterusan bagi memastikan kompetensi dalam pengajaran, penyeliaan, dan penilaian sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan semasa pendidikan tinggi.
Penglibatan dalam kursus latihan, bengkel pedagogi, seminar akademik, serta program pembangunan pensyarah menjadi medium utama dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan strategi PdP, teknologi pendidikan, reka bentuk kurikulum, serta pentaksiran autentik. Selain itu, saya turut mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui pembacaan akademik, penyelidikan, dan jaringan profesional.

Program Untuk Pensyarah Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi
Sebagai contoh, saya telah mengikuti kursus Learning Engagement and Motivation (LEM) anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan telah melepasi tiga peringkat modul. Inisiatif Learning Engagement and Motivation (LEM) oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi di Malaysia dengan memupuk penglibatan aktif pelajar, motivasi, serta pembelajaran kendiri yang terarah. Sebagai sebahagian daripada mandatnya yang lebih luas untuk melatih pemimpin pendidikan tinggi, AKEPT menggunakan modul LEM bagi memperkukuh amalan pengajaran dan meningkatkan penglibatan pelajar, yang merupakan elemen penting bagi pencapaian akademik.

Sijil Kursus Learning Engagement and Motivation (LEM) - Level 1

Sijil Kursus Learning Engagement and Motivation (LEM) - Level 2

Sijil Kursus Learning Engagement and Motivation (LEM) - Level 3, Phase 1

Sijil Kursus Learning Engagement and Motivation (LEM) - Level 3, Phase 2
Kursus Learning Engagement and Motivation (LEM) anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
Dikendalikan oleh Profesor Dr. Rosna Awang-Hashim Dari Universiti Utara Malaysia (UUM)

Perkongsian Ilmu Tentang Learning Engagement and Motivation (LEM) Di Fakulti
Dalam aspek penyeliaan, pembangunan profesional dilaksanakan melalui penglibatan dalam bengkel penyeliaan siswazah, perkongsian pengalaman dengan penyelia lain, serta pendedahan kepada amalan terbaik dalam membimbing penyelidikan dan penerbitan ilmiah. Pendekatan ini membantu meningkatkan kualiti bimbingan serta memastikan pelajar siswazah mendapat sokongan akademik yang optimum.



Antara Bengkel Yang Disertai Untuk Penambahbaikan Aspek Penyeliaan Pelajar Siswazah
Anjuran Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sijil Bengkel Penyeliaan SIswazah Melayakkan Diri Sebagai Penyelia

Data Maklumat Penyeliaan Pelajar Siswazah Ijazah Sarjana & Doktor Falsafah
Saya juga aktif membangunkan kompetensi dalam penggunaan teknologi pendidikan bagi menyokong pembelajaran digital dan hibrid. Penguasaan platform pembelajaran dalam talian, alat pentaksiran digital, serta aplikasi interaktif membantu meningkatkan keberkesanan PdP dan kesediaan menghadapi perubahan dalam landskap pendidikan.

Keberkesanan PdP Bergantung Kepada Kerjasama Erat Antara Pengajar Dengan Pelajar
Secara keseluruhannya, penambahbaikan PdP melalui amalan reflektif dan komitmen terhadap pembangunan profesional ini memastikan amalan pengajaran, penyeliaan, dan penilaian sentiasa berada pada tahap yang berkualiti tinggi. Pendekatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah menyumbang kepada kecemerlangan institusi dan pembangunan pendidikan secara berterusan.