Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
Kaedah Pengajaran dan Penilaian
Kaedah yang dilaksanakan antaranya melibatkan kelas bersemuka, atas talian, ekelip, telegram subjek, aktiviti explorace, sukan mahasiswa, penggunaan teknologi inovasi pembelajaran dalam kelas dan komuniti. Di samping itu juga, para pelajar didedahkan dengan ilmu menerusi pelaksanaan program seminar dan seumpamanya. Maklumat lanjut tentang perkara ini dinyatakan dalam subtopik 'Inovasi pengajaran dan pembelajaran', 'Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian' dan lain-lain subtopik berkaitan.
Selain itu, sebelum memulakan kelas, biasanya akan dikongsikan terlebih dahulu kepada para pelajar berkenaan adab sebagai penuntut ilmu dengan menggunakan buku di bawah:Di samping itu, dikongsikan juga beberapa hadis ringkas tentang amalan berselawat. Tujuannya adalah ingin mendorong para pelajar berzikir sambil belajar agar sentiasa dicurahkan rahmat menerusi berselawat:
Senarai Kursus Yang Pernah Diajar
Senarai Pelajar Degree Subjek Mabahith al-Nubuwwah wa al-Ghaibiyyat
Contoh-contoh video pembentangan para pelajar:
Pertama:
Kedua:
Ketiga:Di samping kelip, disediakan juga group telegram kelas subjek degree agar apa-apa perkara berbangkit atau maklumat subjek akan segera dikongsikan, dibincangkan dan diberi maklum balas pantas seperti contoh paparan di bawah:
Bagi memberi semangat dan dorongan kepada para pelajar, suatu anugerah khas telah diwujudkan bermula tahun 2025 seperti anugerah mahasiswa yang mendapat markah subjek terbaik dan kuiz terbaik seperti yang telah diumumkan dalam paparan di bawah kepada group yang mengumpulkan semua pelajar Usuluddin UniSZA:
Antara Senarai Pelajar Siswazah
Di samping group telegram degree, disediakan juga group telegram pelajar siswazah (Master dan PhD) untuk memudahkan perbincangan dan perkongsian seperti paparan di bawah: