Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
Sesi pengajaran bersama pelajar menggunakan pendekatan pedagogi terbaru;
eLMOE (Engaging Lecture Module Integrating Octalysis Element)
2024
Pengenalan Kepada Pendekatan eLMOE
eLMOE merupakan module atau pedagogi yang mengintegrasikan Octalysis Framework. Octalysis Framework adalah sebuah model gamifikasi yang dikembangkan oleh Yu-Kai Chou dimana tujuan asalnya adalah untuk menarik para peserta untuk terus hook kepada sesuatu program untuk mencapai objektif asal. Model ini digunakan untuk meningkatkan engagement dan motivasi melalui elemen-elemen permainan dalam pelbagai konteks, termasuk dalam pendidikan. Dalam konteks pedagogi eLMOE (Engaging Lecture Module Integrated Octalysis Element) yang diterapkan di dalam kelas, framework ini dapat digunakan untuk membuat pembelajaran lebih aktif dan berkesan. Berikut adalah penjelasan mengenai latar belakang penggunaan Octalysis Framework dan bagaimana setiap elemen diterapkan dalam pengajaran fisiologi untuk pelajar MBBS.
Konsep asas eLMOE adalah fokus kepada "Behaviour-centered" dimana aktiviti yang dibawa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada pelajar menentukan pemahaman terhadap ilmu secara personal.
Para pelajar diberi autonomi untuk menterjemahkan semula pemahaman menggunakan kaedah simulasi mekanikal terhadap konsep asa fisiologi manusia.
Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan mencapai satu CLO malah menggilap kemahiran interpersonal para pelajar seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan masa, leadership, semangat berkumpulan.
Keterangan Lanjut Berkaitan eLMOE:
Dalam dunia pendidikan, terutamanya dalam pengajaran subjek yang kompleks seperti fisiologi, adalah penting untuk mengekalkan minat dan motivasi pelajar. Pendekatan tradisional tidak mencukupi untuk mencapai keterlibatan maksimum. Oleh itu, gamifikasi, atau penggunaan elemen-elemen permainan dalam pembelajaran, telah dikenali sebagai alat yang berkesan untuk meningkatkan engagement pelajar. Namun, di peringakat pengajian tinggi terutama dalam bidang perubatan dan professional, gamifikasi kurang sesuai kerana pelajar perlu lebih serius dalam mencapai learning outcome dan course learning outcome yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk mengubah kaedah pembelajaran supaya suasana dan kaedah pembelajaran itu lebih sesuai dan menerapkan element Student centered.
Octalysis Framework terdiri daripada lapan elemen teras yang memotivasi tingkah laku manusia. Setiap elemen ini memainkan peranan penting dalam mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif. Berikut adalah penjelasan mengenai setiap elemen dan bagaimana mereka digunakan dalam pengajaran fisiologi untuk pelajar MBBS.
Pendekatan eLMOE dengan Teori Pembelajaran beserta contoh activiti yang dijalankan dan diguna pakai
Outcome eLMOE vs Personalised Learning Experience
Integrasi elemen Octalysis ini memberi peluang kepada para pelajar belajar teknik "pembelajaran bekesan" dengan pendekatan "personalised learning". Pelajar mencipta simulasi pembelajaran mengikut kreativiti masing-masing.
Perkongsian hasil pembelajaran melalui beberapa aktiviti seperti "mind map creation" dan "Question creation" merupakan kaedah pembelajaran melalui "social influence".
Penggunaan Platform pembelajaran secara "Online" memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
"Reward-based activity" adalah pendekatan yang diambil untuk menggalakkan persaingan sihat.
Hadiah untuk Para pemenang eLMOE
Dengan kaedah eLMOE, pelajar yang aktif didalam pembelajaran akan mengumpul point dimana mereka secara keseluruhan akan menerima ganjaran. Ganjaran boleh dipelbagaikan mengikut kretiviti fasilitator.
Untuk kursus fisiologi kardiovaskular, para pejara yang aktif didalam kesemua aktiviti yang berkaitan akan menerima medal khas eLMOE.
Paparan dibawah adalah contoh medal khas eLMOE untuk para peserta.
Feedback Pelajar terhadap pendekatan "eLMOE"
Feedback yang dikumpul adalah untuk menilai keberkesanan pendekatan inovasi pedagogi pengajaran yang dikaji terhadap tingkat motivasi dan penglibatan pembelajaran (Motivation & Engagement)
Pelajar dapat menilai keupayaan mereka dalam menerima kuantiti ilmu atau maklumat yang disampaikan. Pengukuran pemahaman melalui beberapa aktiviti semasa proses pembelajaran berlangsung bukan sahaja menjadi pendekatan "formative feedback" malah memberi maklum balas kepada fasilitator untuk menambahbaik penyampaian pengajaran.
Kesimpulan kepada pendekatan eLMOE dan Future direction
Secara keseluruhannya, eLMOE yang dipraktikan bukan sahaja sesuai digunakan untuk pembelajaran secara bersemuka malah pendekatan ini boleh dikatakan pendekatan yang dinamik. eLMOE boleh disuai padan untuk kesemua kursus dimana Learning outcome dan course learning outcome sesuatu kursus dan program dijadikan sebagai penanda aras pencapaian dan konten kepada aktiviti yang diperkenalkan dan dokongsi kepada para pelajar.
Dalam pembinaan aktiviti dan konten yang akan digunakan semasa sesi pembelajaran, pemilihannya adalah terpulang kepada kreativiti/ aktiviti / pekakasan/ platfom yang dirasakan sesuai dan mudah dikendalikan. eLMOE mengetengahkan personalised approach.
Sumbangan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(Survival Kem 2024 - MBBS UniSZA 2024)
Saya bersama rakan-rakan lain telah berperanan sebagai fasilitator dalam kem survival Kursus PPD (Professional and Personal Development) yang diadakan di Kem Merang. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha kami dalam memastikan pelajar-pelajar tahun 2 MBBS mendapat pengalaman yang berharga dalam membangunkan kemahiran kendiri dan profesional mereka.
Sisipan gambar persediaan awal dan penyeliaan serta persiapan para pelajar sebagai fasilitator untuk tahun ini menggambarkan betapa telitinya kami dalam memastikan kem ini berjalan dengan lancar. Kami telah terlibat dalam merancang setiap aspek, dari logistik hingga kepada penyediaan bahan-bahan latihan yang sesuai. Persiapan awal ini banyak mengajar kami untuk lebih bijak menguruskan masa, sumber, dan tenaga.
Semasa kem berlangsung, kami memantau aktiviti para pelajar dan memberikan bimbingan yang diperlukan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mengasah kemahiran komunikasi, kerjasama, dan penyelesaian masalah. Kami melihat sendiri bagaimana pelajar-pelajar ini berkembang dan meningkatkan keyakinan diri mereka sepanjang program berlangsung.
Pengalaman sebagai fasilitator dalam kem ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu, tetapi juga untuk belajar dari pengalaman mengendalikan program yang komprehensif dan mencabar. Pembangunan kemahiran kendiri dan kemahiran berkomunikasi yang ditekankan dalam kem ini adalah sangat penting dalam membentuk generasi yang lebih mampan, yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga berkemampuan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan profesional dan peribadi.
Melalui aktiviti seperti ini, kami berharap dapat terus menyumbang kepada pembangunan pelajar yang lebih holistik, mempersiapkan mereka untuk menjadi doktor yang tidak hanya cekap dari segi teknikal tetapi juga bijak dalam menguruskan hubungan interpersonal dan bekerja dalam pasukan. Pengalaman ini juga telah mengukuhkan semangat kerjasama antara fasilitator, menjadikan kami lebih bersedia untuk menghadapi tugas-tugas mendatang dengan lebih yakin dan berkesan.
Penailan semasa pandemik dijalan secara atas talian.
Gambar dibawah merujuk kepada platfom peperiksaan secara atas talian yang dikelola oleh kumpulan penyelaras peperiksaan Preklinikal MBBS UniSZA.
Platfom kelip digunapakai dan di-proktor oleh kumpulan penyelaras peperiksaan.
Penilaian berterusan "Continuous assessment" untuk "Small Group Discussion".
Pembinaan rubrik pemarkahan oleh saya kepada para pensyarah preklinikal MBBS UniSZA supaya markah dapat dikumpul dengan mudah.
Pembinaan template pengurusan markah adalah menggunakan aplikasi Microsoft Excel dan dikongsi di "Google Sheet".
Dokumen ini disediakan khas untuk setiap kursus yang dijalankan mengikut komponen penilaian yang telah ditetapkan. Komponen adalah berdasarkan "Detailed course info (DCI)" setiap kursus.
GUIDELINE FOR SGD MARK TEMPLATE .pptx
Senarai bidang kursus yang di ajar
STUDENT GUIDEBOOK BMS10203 2023/24.pdf
STUDENT GUIDEBOOK BMM10405 2023/25.pdf
STUDENT GUIDEBOOK BMM10505 2023/24.pdf
STUDENT GUIDEBOOK BMM21105 2023/24.pdf
STUDENT GUIDEBOOK BMM10607 2023/24.pdf
UPDATED FINAL COURSE 3 GUIDEBOOK 2022.pdfCOURSE 3 , HAEMATOLOGY AND IMMUNOLOGY GUIDEBOOK 2022.pdf
STUDENT GUIDEBOOK CVS 2021_22.pdf
STUDENT GUIDEBOOK - MODULE 5 Y1S1 2019-2020.pdf
STUDENT GUIDEBOOK - MODULE 9 NERVOUS SYSTEM Y2S1 2020-2021.pdf
STUDENT GUIDEBOOK - MODULE 10 ENDOCRINE SYSTEM Y2S1 2021.pdf
GUIDEBOOK - COURSE BMS10203 (1).pdf
STUDENT GUIDEBOOK - MODULE 9 NERVOUS SYSTEM Y2S1 2020-2021 (1).pdf
STUDENT GUIDEBOOK - MODULE 13 REPRODUCTIVE SYSTEM Y2S2 2021.pdf
Paparan "Student guidebook" untuk kursus BMM21105 Reproductive system.