Kesarjanaan dalam Pengajaran/Penyeliaan dan Penilaian
9. Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran / penyeliaan dan penilaian di pelbagai peringkat (universiti / kebangsaan / antarabangsa)
i. Media sosial (termasuk YouTube, Blog, Facebook dll )
Terlibat secara aktif dalam pendidikan sepanjang hayat melibat komuniti pelbagai peringkat dan latar belakang untuk topik ilmu yang berkaitan keagamaan dan fardhu ain, kewanitaan dan kekeluargaan dari perundangan Islam. Serta isu semasa. Antaranya:
- Jemputan dalam perkongsian ilmu kekeluargaan (3 Siri) sempena Bulan Dakwah oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia menerusi Facebook https://www.facebook.com/PejabatYADIMTerengganu
- Jemputan Slot Bicara Maal Hijrah oleh Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, Negeri Terengganu menerusi https://www.facebook.com/dewanwanitaMDNTerengganu
- Pengisian Slot Bedah Buku sempena Pesta Buku Antarabangsa anjuran MAPIM menerusi Facebook https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair
- Panel forum jemputan oleh Persatuan Sahabat Prihatin Negeri Terengganu
Panel Wacana Pusat Pengajian Teras yang membincangkan Isu Semasa menerusi Facebook https://www.facebook.com/ppt.unisza
ii. Modul pembelajaran / buku teks/penerbitan berwasit dan penerbitan digital
Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran turut dipersembahkan melalui penulisan ilmiah sama ada dijadikan sebagai rujukan utama kursus di bawah program pengajian mahupun sebagai rujukan tambahan. Malah, penulisan bercorak keagamaan ini juga adalah sumbangan kepakaran kepada masyarakat dalam konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat. Antaranya:
- Penulis Bab dalam Buku Kekeluargaan Islam yang sesuai digunakan sebagai rujukan tambahan untuk kursus Munakahat atau Kekeluargaan
- Penulis buku Merungkai Kaedah Solat Mengikut Permasalahan Kesihatan terbitan UniSZA sebagai rujukan tambahan kursus Fiqh al Ibadah dan kursus Ilmu Wahyu dan Kemasyarakatan
- Penulis bersama e-buku Perburuan dari Perspektif Islam terbitan UniSZA sebagai rujukan tambahan kursus yang berkaitan persoalan Fiqah atau Etika
- Penulis bersama Buku Panduan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (High-Impact Educational Practices-HIEPs) dalam Mata Pelajaran Pengajian Umum terbitan Jabatan Pengajian Tinggi
- Penulis Bersama untuk Buku Hubungan Etnik terbitan Universiti Malaysia Terengganu
- Penulis bersama Modul Aspireasi Ketamadunan Islam dan Kenegaraan bagi Program Saintis Islam Kerajaan Negeri Terengganu
- Penulis artikel Cabaran dalam Pengendalian Pembelajaran dan Pengajaran Fardu Ain Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran Di Malaysia bagi International Conference on Contemporary Islamic Studies (Lampiran 1-CV).
Penulis artikel Penelitian Terhadap Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam di Malaysia bagi Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (Lampiran 1-CV).
- Penulis artikel jurnal A Review on Marriage Education in Malaysian Higher Education Curriculum bagi meneliti tentang pengajaran pendidikan perkahwinan di IPT (Lampiran 1-CV).
- Penulis artikel jurnal A Comprehensive Review on The Implementation of Islamic Pre-Marital Course in Malaysia bagi meneliti pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam, JAKIM (Lampiran 1-CV).
- Ketua penyelidik bagi penyelidikan Pelaksanaan Modul Pembelajaran Aktif Bagi Kelas Fardhu Ain Golongan OKU Pekak Di Pusat Pembelajaran Kebajikan Pekak Terengganu (Lampiran 1-CV).
10. Pengiktirafan ( anugerah / jemputan ucap utama / seminar / penceramah jemputan / jurulatih utama / mentor ) yang diperolehi.
Pengiktirafan akademik yang diterima atas bidang kepakaran sepanjang karier sebagai pensyarah, antaranya:- Anugerah Pembelajaran Immersif Bersemuka UniSZA 2019 menerusi projek “We Care We Share” di Kuala Besut bagi kursus Hubungan Etnik.
- Pentauliahan Mengajar Kuliah Agama dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
- Pentauliahan Mengajar Agama dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Pentauliahan sebagai Penceramah Kursus Pra Perkahwinan Islam dari JAKIM dan JHEAT (Lampiran 1-CV).
- Pengajar dan fasilitator untuk Program Saintis Islam di bawah Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (Lampiran 1-CV).
- Pakar Rujuk Agama Persatuan Kebajikan Pekak Terenggnu (Lampiran 1-CV).
- Pakar Rujuk Syariah, Bengkel Penggubalan Baharu Enakmen Penyu Terengganu (Lampiran 1-CV).
- Panel Jemputan Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak, anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia 2019 Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Jabatan Hal Ehwal agama islam Kelantan dan lainnya.
11. Kepimpinan ( pengerusi / jawatankuasa ) dalam komuniti akademik ( fakulti / universiti / persatuan akademik kebangsaan / antarabangsa ) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Aktif dalam kepimpinan akademik dan memiliki kecenderungan yang tinggi dalam aspek PdP dan kualiti akademik (Rujuk Lampiran 2). Antara:
- Dilantik sebagai Pengarah Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran
- Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Teras
- Dilantik sebagai Pengarah Pusat Pengajian Teras
- Dilantik sebagai Ketua Teras dan JK Induk Flexible Education with Soul UniSZA
- Dilantik sebagai AJK Induk TITAS JPT
- AJK Semakan kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum, KPT
- Dilantik Ahli Jawatankuasa e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA)
- Ahli Jawankuasa Pembelajaran dan Pengajaran IPTA (MAGNETIC)
- Dilantik menerajui beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan, antaranya Timbalan Pengerusi Dewan Wanita Terengganu, Majlis Dakwah Negara, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Jaringan Wanita Malaysia, Ahli Jawankuasa PERKIM dan lainnya atas kepercayaan utama untuk membantu pertubuhan dalam skop pendidikan dan pengajaran agama kepada ahli dan komuniti.
Senarai pengiktirafan kepimpinan akademik yang ditarik daripada CV keseluruhan sepanjang karier sebagai pendidik dan pensyarah.