Saya merupakan graduan undang-undang (LLB (Hons)) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya menjalani latihan dalam kamar (chambering) dan seterusnya diterima masuk dan didaftartaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2000. Selepas beramal sebagai peguam, saya menyertai Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai Eksekutif Undang-undang daripada tahun 2000 sehingga tahun 2003. Pada tahun 2003, saya telah dipinjamkan (seconded) ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sebagai pensyarah undang-undang. Seterusnya, saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang Perbandingan (Master of Comparative Laws) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bergraduat pada tahun 2006.
Setelah beberapa tahun mengajar di Uniten, saya menyertai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2008. Setahun kemudian, pada tahun 2009 saya meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di University of Edinburgh, UK dalam bidang undang-undang siber. Dan pada tahun 2020, saya mengikuti pengajian pasca siswazah (post-doctoral study) juga di UIA.
PROF. MADYA DR. NAZLI BIN ISMAIL @ NAWANG
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/inazli@unisza.edu.my/PROF. MADYA DR. NAZLI BIN ISMAIL @ NAWANG
FAKULTI UNDANG-UNDANG & HUBUNGAN ANTARABANGSA
UniSZA@2008-03-31
Academic Background
Ijazah Doktor Falsafah, University Of Edinburgh, | 2015. |
IQCC CERTIFICATION, Irca Certified Training Course, | 2014. |
SARJANA UNDANG-UNDANG PERBANDINGAN, Universiti Islam Antarabangsa, | 2005. |
CERTICATE IN COPPORATE ADMINISTRATION, Institusi Proesional Baitulmal, | 2000. |
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG, Universiti Islam Antarabangsa, | 1999. |
Positions
Dekan (Dekan Fakulti Undang-undang Dan Hubungan Antarabangsa), Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa | 22 Mar 2024 | 21 Mar 2025 |
Dekan (Dekan Fuha), Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa | 22 Mar 2022 | 21 Mar 2024 |
Timbalan Dekan (Penyelidikan Dan Pembangunan), Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa | 20 Dec 2018 | 30 Oct 2019 |
Timbalan Dekan (Hepa), Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa | 01 Nov 2016 | 31 Oct 2017 |
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa | 01 Nov 2015 | 31 Oct 2016 |
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa | 01 Nov 2013 | 31 Oct 2015 |