Biodata Ringkas


Saya merupakan graduan undang-undang (LLB (Hons)) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya menjalani latihan dalam kamar (chambering) dan seterusnya diterima masuk dan didaftartaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2000. Selepas beramal sebagai peguam, saya menyertai Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai Eksekutif Undang-undang daripada tahun 2000 sehingga tahun 2003. Pada tahun 2003, saya telah dipinjamkan (seconded) ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sebagai pensyarah undang-undang. Seterusnya, saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang Perbandingan (Master of Comparative Laws) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bergraduat pada tahun 2006. 


Setelah beberapa tahun mengajar di Uniten, saya menyertai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2008. Setahun kemudian, pada tahun 2009 saya meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di University of Edinburgh, UK dalam bidang undang-undang siber. Dan pada tahun 2020, saya mengikuti pengajian pasca siswazah (post-doctoral study) juga di UIA.

(No announcements have been posted yet.)