Announcements

PENDIDIKAN BALAGHAH ARAB PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

PENDIDIKAN BALAGHAH ARAB PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

by SHUHAIDA HANIM MOHAMAD SUHANE -
Number of replies: 0

Ilmu Balaghah Arab merupakan ilmu yang sangat penting untuk pelajar mempelajari bagaimana cara untuk memahami keindahan dan kemukjizatan ayat-ayat al-Quran, selain medium untuk menyelami citarasa seni dan kesusasteraan arab serta kaedah untuk mempelajari cara membina dan menuturkan kata-kata yang baik, indah, serta menusuk ke sanubari seseorang individu.  Dalam dunia pendidikan Bahasa Arab, ilmu Balaghah merupakan ilmu yang berbentuk kaedah atau formula untuk memahami kepuitisan dan ketinggian maksud ayat al-Quran serta keindahan nilai sastera Arab. Balaghah juga merupakan ilmu untuk menilai dan mengukur ketinggian mutu percakapan seseorang pelajar serta dapat mengenalpasti sudut keindahan di setiap kalimah penuturnya. Pelajar  tidak hanya menuturkan percakapan yang indah dan berseni, malah mampu menjiwainya dan membongkar rahsia makna, terutama ayat-ayat indah yang terdapat dalam al-Quran. Bakat dan kemahiran ini diperolehi melalui pembelajaran yang berkesan terhadap ilmu Balaghah yang merangkumi kaedah dan penghayatan ayat-ayat al-Quran, ungkapan indah dari hadis, syair, atau prosa, serta usaha yang jitu untuk memahami dan menjiwainya sebaik mungkin.