PENGENALAN

                                                                                                                                                                                                       


Portfolio pengajaran ini akan menunjukkan perjalanan saya sebagai seorang pendidik, bagaimana falsafah pengajaran dan pembelajaran saya, strategi pengajaran yang disokong oleh bukti yang didokumentasikan dan telah dilaksanakan yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di kalangan pelajar saya.


Saya merupakan seorang graduan dalam bidang Doktor Perubatan / Doctor of Medicine (MD) dari Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2007

Memulakan karier sebagai Pegawai Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selama empat tahun.

Memandangkan mempunyai minat untuk menjadi seorang pendidik disamping tugasan sebagai perawat, saya menyertai Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Darul Iman (nama ketika itu) pada 4 April 2011. 

Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Perubatan Anestesiologi di Universiti Sains Malaysia dan bergraduat pada 2017, dan menamatkan tempoh percubaan sebagai Pakar Perubatan Anestesiologi (Bius) di Hospital Universiti Sains Malaysia untuk didaftarkan sebagai Pakar Perubatan Anaesthesiology & Critical Care di bawah National Specialist Registry (NSR). Kembali bertugas sebagai Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin pada Jun 2017. 

Di samping itu, kerana minat mendalam di dalam bidang pengurusan kesakitan (salah satu bidang subkepakaran anestesiologi), saya melanjutkan pengajian secara separuh masa di University of Montpellier (France), dengan kerjasama Korea University (untuk fakulti Asia) bagi program Post Graduate Diploma Interventional Pain Medicine dan bergraduat pada tahun 2019. Saya telah dianugerahkan biasiswa sub kepakaran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk program Fellowship of Pain Medicine selama setahun di Seoul National University, Korea Selatan, pada 2021 namun ditangguhkan sehingga ke hujung 2022 nanti. Saya juga mendapat tawaran sangkutan latihan untuk program Fellowship in Minimally Invasive Spine and Pain Intervention di Seoul pada Feb - April 2020, namun kerana COVID-19 hanya sempat berada seminggu sebelum pulang ke Malaysia. 

Di Fakulti Perubatan, saya memegang tanggunjawab sebagai Koordinator Posting Anestesiologi, iaitu salah satu subjek teras dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) (2019-sekarang) dan juga Koordinator Knowledge and Elearning Platform (KeLIP) Fakulti Perubatan.

Selain aktif dalam aktiviti akademik dan klinikal, saya juga aktif mengikuti konferen dalam dan luar negara. Antara pengiktirafan yang saya terima daripada badan professional bidang kepakaran saya (anaesthesiology, critical care, and pain medicine) termasuk;

  • World Federation of Societies of Anaesthesiologists (WFSA) Scholar for World Congress of Anaesthesiologists 2021 
  • PainCast Fellow Sponsorship (Pain Fellow Support Program) 2020-2021 tajaan Pain School International
  • The KSA Participation Award dari The Korean Society of Anesthesiologists (KSA) pada KoreAnesthesia 2020
  • International Outstanding Abstract Award dari The Koean Society of Critical Care Medicine (KSCCM) pada Acute Critical Care Conference 2019
  • Association of South-East Asian Pain Society (ASEAPS) Young Scholar Award pada 2019
  • Educational Scholarship KoreAnesthesia 2018 dari The Korean Society of Anesthesiologists (KSA) 
  • Inaugural T. Sachitanandan Best Oral Presentation Award dari Malaysian Society of Intensive Care (MSIC) pada Annual Scientific Meeting of Intensive Care (ASMIC) 2018


Antara anugerah dalam pengajaran termasuk;

  • Pingat emas bagi projek Experiential Learning With ARway (Augmented Reality Airway Management) pada International University Carnival On E-Learning (IUCEL) 2022
  • Pingat emas dan pemenang The Best Category Augmented Reality / Virtual Reality pada HITeL Teaching & Learning Innovation Competition (Innovators 2022)  
  • Pingat emas pada UniSZA Carnival On e-Learning (UniCel) 2022
  • Pingat emas bagi projek Flipped Classroom With Augmented Reality (AR) Clinical Skill Lab pada International University Carnival On E-Learning (IUCEL) 2021
  • Pingat emas dan juga tiga projek terbaik pada UniSZA Carnival On e-Learning  (UniCel) 2020
  • Pingat emas Anugerah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran bagi projek Augmented Reality (AR) Clinical Skills For Medic pada Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AIPP)Karnival Inovasi@UMT 2020
  • Pingat emas pada Teaching Enhancement & Learning Innovation Carnival 2020 (TELIC 2020) oleh Universiti Malaysia Kelantan
 

Kerana minat untuk eksplorasi teknologi pengajaran dan pembelajaran, saya merupakan Certified Microsoft Innovative Educator (MIE)Apple Teacher, dan Mendeley Advisor Community (Elsevier)



Technology can never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational. - George Couros



                                                                                                                                                                                   

Separate groups: All participants
(No announcements have been posted yet.)