Program Pelancaran Produk Makanan
Program Pelancaran Produk Makanan
Kaedah pengajaran "teaching" and "test" membosankan pelajar dan rasa tertekan sepanjang kuliah menyebabkan mereka kurang minat terhadap kursus ini. Proses pembelajaran kursus ini lebih mengutamakan penglibatan pelajar secara aktif dan ini akan menjadikan kursus ini lebih manarik.
Pemahaman pelajar terhadap teori dan konsep yang diajar di kuliah tidak dapat dibuktikan dengan sepenuhnya melalui ujian dan peperiksaan; keputusan ujian dan peperiksaan yang bagus tidak bererti pelajar tersebut boleh mengaplikasikan ilmu atau maklumat didapati di kuliah ke atas pembangunan produk makanan. Jadi, ia perlu juga dibuktikan melalui praktikal atau hands-on dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan bagi meningkatkan keberkesanan semasa proses pembelajaran.
Program Pelancaran Produk Makanan Baharu merupakan salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan bagi kursus Pembangunan Produk Makanan (FSI41004) pada semester I bagi setiap sesi. Program ini merupakan hasil pengajaran daripada kursus yang wajib diambil oleh pelajar tahun akhir yang mengikuti Program Sarjana Muda Teknologi Makanan. Mereka akan menghasilkan produk-produk makanan berinovasi secara berkumpulan dan produk-produk ini akan dipertandingkan semperna program ini berlangsung.
Program Pelancaran Produk Makanan bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan terlatih dalam aspek pembangunan produk makanan secara teori dan praktikal bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global yang meningkat.
Selain itu, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan produk prototaip yang berpotensi untuk dipilih ke pertandingan produk inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini memberi peluang kepada penemuan dengan usahawan-usahawan di tapak pertandingan dengan harapan produk tersebut akan dikomersilkan dengan bantuan usahawan.
Pelajar perlu banyak berfikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka perlu banyak merujuk kepada penemuan yang telah diaporkan oleh penyelidik-penyelidik untuk penambahbaikan produk makanan. Dengan adanya budaya membaca ini akan meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka dalam membangunkan sesuatu produk makanan.
program ini juga dapat melengkapkan graduan dari segi kemahiran insaniah (soft skill) dalam bidang pembangunan produk makanan untuk memenuhi peluang kerjaya dalam bidang industri makanan dan keusahawanan. Selain itu, projek ini juga mampu melahirkan graduan yang dilengkapi dengan ilmu keusahawanan agar graduan bukan hanya golongan yang mencari kerja (job-seeker) tetapi juga mampu berdikari dan mewujudkan peluang pekerjaan (job-creator).
Melalui program ini, pelajar menjadi lebih berkeyakinan diri. Program ini telah membuktikan kebolehan diri mereka dalam menjayakan pembangunan produk makanan baharu bermula dari sekeping kertas putih sehingga wujudnya produk prototaip yang dapat dirasai. Kejayaan ini menyebabkan mereka lebih berusaha, gigih dan tekun dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Dengan adanya program ini, semangat persaingan yang sihat telah wujud antara kumpulan. Mereka lebih berkomitmen di antara ahli kumpulan supaya dapat menyelesaikan masalah dengan secepat mungkin. Masa adalah penting bagi mereka kerana penyelesaian masalah dalam masa yang singkat membolehkan mereka mempunyai masa yang lebih dalam membuat penambahbaikan terhadap kualiti produk makanan yang dibangunkan.
Penilai-penilai dari dalam dan luar universiti seperti pensyarah-pensyarah dari Faculti Biosumber dan Industri Makanan atau fakultilain dan universiti lain yang berkait dengan bidang, agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut dijemput untuk menilai produk-produk makanan, memberi nasihat serta cadangan penambahbaikan kepada pelajar-pelajar.
Borang Penilaian
Wakil-wakil dari media turut akan dijemput bagi membuat liputan Program Pelancaran Produk Makanan Baharu.
Tajuk: Produk Makanan Baharu
Media: Surat Khabar Bernama
Tajuk: Pelajar Unisza Cipta
'Veggie Floss' Tanpa Menggunakan Bahan Tiruan
Media: Surat Khabar Bernama
Tajuk: Produk Berasaskan Susu Kambing
Media: Surat Khabar Sinar Harian
Tajuk: Penghasilan Produk Makanan
Berasaskan Sumber Tempatan
Media: TV1
Produk prototaip yang menang dalam pertandingan ini telah dibawa ke pertandingan produk inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menang Tempat KEDUA bagi produk VeFloss: Mixed Dried Vegetables and Fruit Rag Snack dalam Pertandingan MIFT 11th National Food Science and Technology Seminar pada tahun 2019
Menang Tempat KETIGA untuk produk MacroLYTE, bar snek membekalkan tenaga dan elektrolit dalam Pertandingan 9th MIFT Food Science and Technology Seminar pada tahun 2015
Salah satu produk bernama MacroLITY (bar snek untuk membekalkan tenaga dan elektrolit dalam satu bar) hasil daripada projek ini telah tersenari di dalam "R&D Products of Universities in Malaysia 2015"
Media: Facebook, R & D Products of Universities in Malaysia
Portfolio
Portfolio was submitted by student to replace Food Product launching Day during pandemic Covid-19.