PROFILE

Tuan Muhammad Zukri T.S, PhD. merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan merupakan Felo Kehormat InsPeK. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam disiplin Pembangunan Komuniti dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Sarjana Kerja Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM). Kepakaran beliau adalah dalam Pembangunan Komuniti dan banyak terlibat dalam projek-projek penyelidikan dan perundingan berkaitan kemiskinan, komuniti marginal, pembangunan belia serta kesukarelawanan. Beliau turut mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Pengurus Bahagian Perancangan Penyelidikan di Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta aktif dalam memberi sumbangan perundingan dan mengendalikan bengkel, ceramah terutamanya berkaitan kerja komuniti, pengurusan kesukarelawanan, pembangunan belia serta terlibat dalam beberapa bengkel dan makmal pembangunan modul diperingkat Universiti, Badan Berkanun serta Kementerian.


Click TUAN MUHAMMAD ZUKRI.docx link to view the file.