Topic Name Description
Book Biodata

a

Dr. Razi Yaakob adalah seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) dan juga dikenali dengan Pusat Pengajian Teras. (PPT). Beliau berkhidmat selama 14 tahun di Universiti. Pengalaman dengan Syarikat Perumahan selama 3 tahun, Petronas (Operasi ) selama 11 tahun, Staf Institut al-Quran (ketua Unit Kaligrafi) selama 3 tahun, Pensyarah UMT dan dilantik Ketua Pusat Islam UMT selama 3 Tahun dan sekarang menjadi pensyarah Universiti di UniSZA. Pendidikan di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Islamic Studies di Punjab Universiti, Lahor, Pakistan, Sarja dalam bidang Sejarah dan Tamadun di Universiti Malaya dan Ph.D dalam bidang Tamadun kajian kusus Pembangungunan Semula Tanah Wakaf di Pulau Pinang. Beliau gigih dalam mengkaji dalam bidang tanah wakaf. Bidang kedua beliau adalah Kesenian Islam dan Kraf. Kepakaran dalam manuskrip al-Quran khususnya aspek falsafah Motif pada jidar mushaf. Selain dari motif beliau juga gigih pempelajari penerapan emas pada kertas serta ukiran kayu (wood caving). Beliau sangat berminat dalam mengkaji manuskrip mushaf al-Quran. sekarang beliau sedang membina art pice (lembaran) mushaf sediri. disamping mengkaji kepala surah manuskrip al-Quran. dengan kajian ini semoga dapat menyumbang dan membangunkan semula manuskrip yang telah rosak semoga dapat diketahui oleh generasi akan datang.  

Mengajar mata pelajaran Universiti merupakan mata pelajaran penting. Semua pelajar tahun mengambil sebagai syarat utama. sidia maklum bahawa mata pelajaran ini mempunya bilangan pelajar yang ramai yang menecah 3000 orang dan lebih. setiap Pensyarah mengajar lebih kurang 600- 1500 orang pelajar. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi? Pensyarah terpak berfikir dengan mencipta kaedah sediri demi menyelamatkan pelajar dari tercicir dalma mata pelajaran mereka. selain dari sukatan yang disediakan oleh kementerian pelajran tinggi usaha pensyarah untuk memudah urus pelajar juga harus dibina. oleh itu, platform inovasi ini menjadi pilihan untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang PdP.

Inovasi merupakan salah satu minat dalam bidang khususnya mata pelajaran yang diajar. Kerana untuk mengejar kepantasan era globalisasi masa kini. Ilmu tidak hanya statik bahkan ia harus dikembangkan kepada beberapa kaedah. Demi membentuk anak bangsa supaya dapat menyedari bahawa ilmu adalah amat penting dalam kehidupan. oleh itu, menjadi tanggungjawab besar untuk menyahut seruan kementerian Pelajaran Tinggi bagi mencari jalan keluar untuk membina model dan mudul pendidikan yang selari dengan arus perkembangan moden. Inovasi apakah yang dapat menawan hati anak-anak muda kini? tidak lain dan tidak bukan adalah inovasi berbentuk sistem, apps dan sebagainya. Kerana mereka boleh dikatan bersama dengan kumputer riba dan smartphon sepanjang masa. Justeru itu, inovasi PdP melalui apps adalah amat berguna. Penyebaran ilmu melalui apps adalah salah satu jambatan ilmu masa kini yang dikenali dengan era Industri 4.0. Manusia mencari perkara yang cepat dan mudah.  

Menyahut cabaran ini beliau telah mencipta beberapa inovasi yang bermula dengan e-Travalog, e-Taranum, i-QR Code dan yang terkini AR-Code e-Khat serta banyak lagi gabungan kerjasama dengan pensyarah luar UniSZA. Beliau mendapat pelabagai pingat dan sijil. Inovasi yang ceburi adalah dalam bidang dan displin ilmunya sendiri. Tergerak hati untuk menyertai inovasi ini adalah memandangkan kepentingan ilmu semakin pudar khususnya setalah dunia mengalami pendemik COVID-19, sistem pendidikan agak menurun sedangkan ilmu harus diteruskan demi insan sejagat. oleh itu, selain dari sistem pengajaran yang dilakukan yang dikenali dengna PTG semua berbentuk atas talian. maka setiap kesusahan manusia berfikir bagaimana cara untuk memudahkan ilmu boleh disampaikan kepada pelajar dengan cara yang berbeza. Lahirlah inovasi pendidikan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Beliau telah mengajar mata pelajaran MPU selama 14 tahun sedikit sebanyak telah mempunyai pengalaman yang banyak untuk menjadi seorang pendidik. Setiap inovasi yang dibina adalah mendaji asas kepada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.   

Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran Book Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) merupakan aset penting untuk generasi pelapis di Malaysia. Ilmu pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada konten dan Kognitif semata-mata. Alaf 2020 ini pelajar-palajar harus didedahkan dengan soft skill untuk mereka menempuh kehidupan seberan didunia industri 4.0. Disamping itu juga mereka tidak dikecualikan untuk menerap roh ilmu agama demi menjamin kesejahteraan dan berkat dalam kehidupan didunia dan akhirat. Dengan adanya asas agama maka ilmu yang dipelajari akan menjadi penunjuk jalan yang benar dan membentuk jati diri seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. sejajar dengan bidang ilmu yang mereka ceburi. Falsafah Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah asas untuk memperkukuhkan jalinan ilmu dan sekali gus kuat berepgangn kepada amanah yang  Allah tentukan keatas setiap insan diats muka bumi ini. Dengan kesedaran inilah ilmu sentiasa digali dan diperbaharui dengan pelbagai enovasi demi kelangsungan insan. Faktor ilmu menurun adalah disebabkan oleh beberapa aspek. ini perkara menjadi igauan pendidik alaf 2020. Memandangkan amanah yang besar maka setiap pendidik harus bangkit dengan senjata-senjata yang dapat menahan dan menangkis anasir-anasir yang tidak sihat sehingga menyebabkan sistem ilmu itu jatuh dijilat tanah. Tanggunjawab dan amanah maka pendidik harus bangkit dengan penuh semangat demi menegakan kalangsungan ilmu yang bersaskan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah itu. 


 

Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian Book Kaedah Pengajaran / Penyeliaan dan Penilain

a.Pengajaran

Pengajaran yang diamanahkan kepada saya adalah dua bahagian:-

1. Mata pelajaran Teras Universiti (MPU)

     - Falsafah dan Isu Semasa

    - Kokurikulum (Bahagian Budaya) di bahawah Holistik Pelajar

2. Menyelia pelajar Sajana dan Ph.D semai  orang

3. Penyelidikan geran MPU dan FRGS

4. Menghasilkan penulisan Jurnal dan Buku

5. Seminar dalam dan luar negara (dalam bidang)

6. Khidmat masyarakat (AADK, JKPD, Mengajar al-Quran di KQT, Timbalan Pengurusi Rumah Tunas Harapan dan Rakan Siswa YADIM UniSZA)


b. TEKNIK

Setiap tugasan yang diamanahkan ia memelukan kesungguhan dan strategi serta susunan yang baik. lihat kepada yang wajib kepada yang sunat mengikut keperluan.

Perancangan yang baik dalam melaksanakan PdP kepada pelajar adalah salah satu tugas hakiki sebagai penyarah. Oleh itu, beliau menggunakan pendekatan teori, konsep dan Falsafah serta kaedah penerapan fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu Ain beliau terapkan semasa sesi pecah minda 10 hingga 15 minit sebelum mula bab pembelajaran. Sesi ini juga dimasukan isu semasa sebelum masuk secara khusus mengikut bab yang hendak diajar. manakala Fadhuk Kifayah ia merangkumi konsep umum mana PdP mengikut displin kursus pelajar. Seterusnya perbincangan terfokus dalam bab yang diajar. 

Setelah PdP diteruskan mengikut jadual dan proforma pelajaran seperti yang diarahkan dan diputuskan oleh jabatan. Semasa PdP setiap hari berjalan beliau merekod berbentuk Video setiap hari khususnya semasa PdP Pasa COVID-19 berjalan. setelah hujung minggu beliau menggabunkan Video itu dijadikan jalan cerita sepanjang sesi PdP berjalan dan setiap Video iatu diedit dan dimuatkan contoh, video dan power point supaya pelajar dapat gambaran yang jelas dan bersahaja. Tujuan PdP direkodkan dan diedit semula adalah tujuan seperti berikut:-

a. Rumusan bab yang diajar pada minggu tersebut dapat dijelaskan dengan lebih menarik serta mudah difahami oleh pelajar. kalau dinisbahkan mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia beliau banyak memuatkan travelog serta contoh video dan power point diseluruh pelusuk negara yang telah dilawati oleh beliau sendiri. Divideokan dan edit hingga mencapai tahap kepuasan pelajar. Secara tidak langsung pelajar dapat melihat sendiri  tamadun di sesebuah negara yang berbeza. 




b. Setiap Video dan Power Point akan diberi bentuk link seperti diatas pada setiap hujung minggu. Dengan adanya link-link ini pelajar yang benmasalah waktu jadual, rangkaian internet tidak baik dan masalah lain-lain dapat di akses ikut waktu yang sesuai. Disini akan timbul isu tidak hadir kelas waktu sebenar seperti jadual? Tidak akan berlaku, sebab setiap sesi kelas berjalan pelajar tertunggu-tunggu kehadiran pelajaran seterusnya, Perkara ini dapat dibuktikan dengan penilaian pelajar di akhir semester, rata-rata mereka menyebut tentang keseronokan pembelajaran. 

contoh link : https://portal.unisza.edu.my/sistem/modules.php?name=pnp&file=Y001&sesiproses=

c. Kaedah ini akan memberi gamaran kesenambungan bab yang akan dipelajari oleh pelajar pada minggu akan datang. 


   Carta Alis

Sesi Pecah Minda (10-15 minit)

 contoh Power Point:

https://docs.google.com/presentation/d/1SYZM8QG0T5yWIpi20OBPgFDyNzwQJYH6/edit?usp=sharing&ouid=117502744930966308508&rtpof=true&sd=true

video:

https://drive.google.com/file/d/1AalUy132FPZP0URuo61edeONs0JnXC9T/view?usp=sharing

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh Video: https://youtu.be/xLMYqcBQngs


c. PENILAIAN

Penilaian dapat dijalankan dengan dua kaedah iaitu 

i. Penilaian Formatif

Kaedah ini dilaksanakan adalah untuk menguji ilmu yang disampaikan itu memberi kesan atau pun tidak. Oleh itu,  ia harus diuji dengan kedua-dua belah pihak samada pihak.  Pensyarah adalah penyampai ilmu samada ia berkesan ataupun tidak, dan  pihak pelajar dapat memahami  ilmu yang disampaikan oleh pensyarah dengan baik. Justeru itu, Kaedah pentaksiran PTG dilaksanakan melalui sistem yang disediakan oleh UniSZA (KELIP) adalah satu alat untuk mengukur dibahagian Pentaksiran setiap minggu pertemuan dengan pelajar. Sekali gus dengan kaedah ini dapat mengabil kehadiran pelajar. 

pentaksiran 1

Dari Pentaksiran ini para pelajar wajib buat pada jam yang kedua dalam waktu mengikut jadual. Sistem ini segaligus dapat melihat kehadiran pelajar. 

ii.Penilaian Sumatif

Penilaian ini diwujudkan adalah untuk mengukur pencapaian pelajar terhadap kursus yang diambil. Ia dilakukan secara terancang yang telah diputuskan dalam mesyuarat diperingkat jabatan dan melibatkan pemarkahan. Penilaian sumatif juga dianggap penilaian terhadap pencapaian keseluruhan yang melibatkan komponen peperiksaan akhir. Penilaian sumatif tidak dapat dilaksanakan oleh sebab COVID19 dan ia digantikan dengan penilaian berterusan. 

CLO

  Penilaian yang dilakukan adalah megikut proforma yang disediakan oleh jabatan dan mengikut keputusan mesyuarat diperingkat jabatan. penilain yang dijalan mengikut mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa adalah sepertimana berikut:-


Peraturan Am pemetaan pemarkahan dan rubrik:

memarkahan


d. SENARAI KURSUS

BAB

Pengajaran sepanjang 14 minggu adalah disokong oleh pel bagai bentuk seperti perbincangan, ujian dan perbincangan bab. Sekiranya bab yang dibahaskan agak panjang maka pensyarah akan bememberi penekana dalam bab tersebut kepada 2 kali pertemuan. Bagi membolehkan pelajar faham apa yang hendak disampaikan.

e.RINGKASAN KURSUS DAN BILANGAN PELAJAR

Pemetaan


Kursus MPU adalah sedia maklum bahawa ia mempunyai bilangan pelajar yang ramai dalam satu-satu kelas. kebiasaan adalah seramai 130-150 orang pelajar dalam satu kursus. Perkara ini menyebabkan pensyarah cuba mecari jalan keluar dengan mencuba dengan kaedah yang paling ringkas untuk diajar, seperti mana contoh yang telah diberi. Begitu juga dengan kehadiran, kehadiran adalah dengan mengabil kira pelajar yang masuk ke dalam sistem KELIP dan menjawab Pentaksiran adalah dikira pelajar itu hadir. Dari sistem ini lah pensyarah akan olah bentuk ecxel mengikut minggu untuk mendapat senarai kehadiran pelajar. sekiranya kelas off line makan pensyarah akan bagi google form untuk diisi sebagai tanda kehadiran pelajar. Contoh dalam lampiran.

Contoh kehadiran excel

ecxel


Contoh Kehadiran Google Form

google

Kesemua bukti ini penting untuk menentukan pelajar hadir kelas supaya mereka layak untuk menduduki peperiksaan akhir. 

f.SELIAAN PELAJAR 

menyelia pelajar seramai 3 orang.

2 orang pelajar Sarjana ( Penyelia utama) dan seorang pelajar Ph.D (Penyelia kedua)



Inovasi pengajaran dan pembelajaran Book Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Kaedah PdP di era 2020 atau lebih dikenali sebagai pembelajaran di era Industri 4.0 ini ia bukan lagi hanya belajar dalam kelas selama  2 jam berterusan, tetapi ia harus berubah mengikut zaman. Cuma bagaimana hendak mencapai wawasan pendidikan itu? Setelah pihak kementerian Pelajaran tinggi mengisytiharkan pembelajaran industri 4.0 makan kerajaan juga telah menentukan hala tuju pembelajaran dan Pengajaran kepada pelajar. Banyak pihak yang terlibat untuk menjayakan sistem pendidikan moden ini. Dengan peredaran zaman yang begitu pantas ini, pihak kerajaan tidak duduk diam untuk mencari jalan keluar demi mensejahterakan pelajar yang menjadi generasi pelapin utnuk memimpin negara suatu masa akan datang. Oleh itu, untuk menyahut seruan kerajaan pendidikan tinggi, maka pesyarah harus bergembeleng tenaga untuk mencari solusi yang terbaik untuk anak bangsa ini. inovasi pendidikan adalah salah satu kaedah untuk mendapat idea-idea bernas ini. saya juga turut menyumbang dengan inovasi pendidikan demi kemudahan kepada pelajar untuk memahami ilmu yang dipelajari dengan mudah dan seronok. 

Inovasi merupakan wadah untuk mencapai matlamat pendidikan masa kini yang sejajar dengan era elektronik. setiap inovasi ia harus mencapai aspek yang diperlukan, ia buka sekadar berseronok dan santai sahaja tetapi ia harus mempunayai falsafah dan hala tuju yang jelas seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pengajian Tinggi. 

Inovasi yang telah saya ciptakan adalah bermula dari i-Travelog, e-Taranum, i-QR Code dan e-Khat semuanya memberi impak yang besar kepada pelajar. memandankan masing-masing pelajar mempunyai smart Phone maka untuk memudahkan mereka ekses maka kedah (e) atau (i) merupakan pilihan utama pelajar. Dengan adanya kaedah ini pelajar dapat mengakses dimana-mana dan pada bila-bila masa mereka perlukan. ini lah kepentingan sistem moden yang sejajar dengan kehendak industri 4.0. Pelajar hendak perkara yang cepat dan pantas. i-Travelog yang saya telah bina adalah utnuk memberi gambaran kepada palajar tentang ketamdunan sesebuah negara. Mereka dapat lihat sendiri dengan video yang telah dibina oleh saya sendiri dan sekali gus dapat menjelaskan keadaan sebenar tetang kehidupan sosial budaya di tempat orang. mungkin pelajar tidak berkesempat untuk pergi melihat sendiri atau kurang pendedahan untuk pergi dan sebagainya. maka saya sajikan dengan video yang ditayangkan sebelum kelas bermula khususnya video berkaitan dengan tajuk yang akan dibincangkan pada waktu kelas sebenarnya. 

salah satu contoh video e-Travelog adalah seperti berikut.

e

e-Travelog memberi gambaran sebenar di negara luar dan di sekitar Asia Tenggara khususnya sektor sosio ekonomi dan tamadun. Adanya sistem ini pelajar dapat menonton sendiri melalui Labtop atau HP. mereka pada masa yang mereka perlukan. 

i qr

i-QR Code memberi kebudahan untuk pelajar atau masyarakat awam dapat mengekses semua tempat sejarah dan tempat pelancongan yang menarik di Terengganu. Hanya mengimbas QR code mereka dapat terus maklumat dalam 3 bentuk, iaitu word, vedio dan gambar.


Antara Sijil-Sijil yang diterima


gold


sijil

poster

hea


semua contoh penyertaan pertandingan inovasi adalah adea asli yang dihasilkan sendiri serta gabungan kerjasama dengan staf dari Universiti Putra Malaysia. Dengan kometmen yang tinggi maka terhasilah inovasi begini untuk membangun dan menjadi bahan untuk menyokong sistem pendidikan sekaligus dapat mambantu kerajaan dalam membina insan di Malaysia.

Pendidikan era industri 4.0 ia memerlukan kemudahan soft copy atau data-data yang dapat diakses terus dari internet. oleh itu, ia menjadi kesukaan pelajar masa kini. sistem sokongan ini sekaligus dapat membina dan membangun insan secara maksimum mungkin. Bidang pengajian yang begitu banyak terutama rangkaian komputer dan softwere. bidang ini dapat membantu pensyarah lain untuk mebina sistem yang difikirkan oleh pensyarah yang mengajar dalam bidang mereka untuk diaplikasi dalam mata pelajaran yang diajar. Contoh bidang Keusahawanan, kalau hanya ikut sistem perniagaan, pesyarah hanya dapat memberi ilmu perniagaan sahaja kalau tanpa bantuan orang teknikal. Jadi sekarang kita dapati sistem online begitu banyak diluar sana adalah disebabkan bantuan dari orang teknikal khususnya sistem yang dibina itu. Demikian juga bagi mata pelajaran umum, sistem yang wujud diluar adalah ia harus diguna pakai untuk kemudahan para pelajar seperti mana yang berlaku di atas.  




















Penilaian / Testimoni Pengajaran Book Penilaian / testimoni Pengajaran

Pendidikan yang bermula dari Pra Persekolaha hingga ke Universiti semuanya memelukan kaedah PdP yang menarik dan mesra pengguna. oleh itu, hasil inovasi dari pengkaji amat penting untuk diaplikasi atau diguna pakai oleh anak-anak pelajar ini. Inovasi yang telah dihasilkan akan diterap kepada pelajar untuk diguna dengan kemudahan yang ada. Mereka tidak rasa bosan dengan apa yang ada dalam jadual seharian mereka, disamping mereka bermain dan dapat ilmu. seperti inovasi i-Travelog, pelajar dapat ekses dengan hanya menekan botton play dan terus mereka dapat lihat video yang disediakan. demikian juga dengan e-Taranum. mereka boleh pilih jenis-jenis lagu yang hendak dipelajari. kalau i-QR Code pelajar dapat scan QR Code dan terus dapat mengetahui cerita tempat-tempat pilihan di Terengganu. ia lebih kepada kearifan negeri Terengganu. awal tahun lepas pihak Muzium berminat untuk mengabilnya sebagai contoh untuk kegunaan kearifan Terengganu. hingga sekaran ia masih dalam proses menjana sistem untuk dimuat naik dalam sistem dan untuk mendapatkan QR Code untuk ditampal dipapan tanda di seluruh negeri Terengganu.  


i

Inovasi yang terkini adalah i-Khat. Inovasi ini telah disusun mengikut bab yang bermula dengan pengenalan alat-alat tulis hingga kepada penganalan kepada jenis-jenis khat. setiap bab yang dimuatkan dengan QR code dan di penghujung ebook ini ada disediakan apps Zappar bagi membolehkan pelajar memilih video menarik untuk dipelajari. ebook ini akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada pelajar- palajar yang mengambil kokurikulum Penulisan Khat di UnisZA dan ianya boleh diketengahkan kepada pelajar di seluruh Universiti di Malaysia setelah keluar nanti.

z

Link ebook:

https://tinyurl.com/IIDEL2022-09032022






Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional Book Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Perfesional

Setiap hasil kerja yang telah dilakukan merupakan hasih yang masih muda. maka sudah tentu ia memerlukan pembaikian dan penambahan untuk meningkatkan mutu produk yang dihasilkan. Oleh itu, i- QR Code misalnya ia memerlukan penambahan data untuk kemudah OKU. Mungkin data ini ia memerlukan visual yang jelas dan padu untuk orang kurang upaya dapat akses melalui kumputer riba dan smart Phone. Perkara ini sedang dilakukan dengan beberapa pegawai dari Muzium negeri Terengganu. Kearifan negeri Terengganu ia tidak hanya kepada pelajar, orang awam yang sihat sahaja bahkan ia juga perlu diketengahkan kepada orang kuran upaya juga. Inilah yang dikatakan satu program mesra rakyat. E book atau buku berbentuk salinan lembut adalah salah satu usaha ingin ketengahkan kepada anak pelajar yang dahagakan ilmu penulisan khat. Dilihat dari sudut kesesuaian pengguna mungkin kena update atau tambah baik video dan Zappar. Mungkin boleh ditambahkan durasi video supaya cerita yang hendak disampaikan itu dapat dilaksanakan.

Demikian juga dengan sistem e-Taranum sistem ini boleh ditambah baik dengan menggunakan Qari yang suara yang lebih lunak dan sedap. Atau juga boleh ditambahkan lagi jenis-jenis lagu supaya lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Sijil-sijil yang telah menang dalam pertandingan invasi.

s

s


Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian Book Kesarjanaan dalam pengajaran dan penyeliaan dan penilian

a. Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran / penyeliaan dan penilaian di pelbagai peringkat (universiti / kebangsaan / antarabangsa)

i. Mengajar mata pelajaran MPU 

ii Mengajar Kokurikulum

iii. Menyelia pelajar sarjana dan Ph.D

iv. menilai jurnal peringkat kebangsaan

v. menjadi pembimbing kepada kelas al-Quran di Kolej Al-Quran Terengganu

vi. khidmat pakar kepada Rakan Siswa YADIM yang dilantik oleh YADIM Kebangsaan.


b.Kepimpinan ( pengerusi / jawatankuasa ) dalam komuniti akademik ( fakulti / universiti / persatuan akademik kebangsaan / antarabangsa ) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

1. dilantik menjadi ketua jabatan 

2. Juruaudit dalam selama 3 tahun oleh UniSZA

3.ahli bengkel Mahir Saham 2.0 

4.AJK program pembangunan siswazah 

5.AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN MODUL BAGI KURSUS MPU 31072, PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

6.AHLI JAWATANKUASA PROGRAM FLAGSHIP (Karnival Citra Jati Diri UniSZA)

seterunya dapat dilihat pada ADAM

Lampiran biodata

https://drive.google.com/file/d/1jnfJB9xuRCjpGMk7e9B5Se0yxArfJJ13/view?usp=sharing




Lain-lain Book Lain-lain

Pendidikan /Bidang

1 Sejarah dan tamadun

2 Kesenian Islam dan kraf

khidmat / kepakaran 

1Penasihat Rakan Siswa YADIM UniSZA

a

2. dilantik menjadi timbalan JKPD oleh AADK

a

3.surah lantikan kerjasama dengan JAWHAR 2022

f